Hargai nikmat Ramadan pada bulan kemerdekaan

SUDAH seminggu kita bertarawih pada bulan Ramadan ini. Hari ini masuk hari kelapan kita berpuasa. Begitu pantas masa berlalu. Syukur kerana kita dapat melakukan ibadah pada bulan yang mulia ini dengan penuh kedamaian. Umat Islam di Malaysia bernasib baik kerana dapat menjalani ibadah puasa dalam suasana harmoni walaupun masyarakat kita terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama. Saban petang, bazar Ramadan penuh sesak dengan manusia yang mahu memilih pelbagai juadah mengikut keperluan dan selera masing-masing. Mereka berbelanja ikut kemampuan atau kadangkala mengikut hawa nafsu. Sepuluh jari di tangan penuh bungkusan…

Read More