Pegangan tanah Melayu semakin mengecil, dihakis dan terus terhakis

MINGGU lalu ketika melintasi kawasan bendang atau sawah padi di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, kelihatan anakanak padi yang subur menghijau. Syukurlah masih ada yang sanggup mengerjakan sawah ketika lebih ramai anak muda hanya berminat berada di bilik berhawa dingin walaupun sekadar operator pengeluaran. Tidak pasti berapa lama tanah itu mampu bertahan sebagai sawah kerana di satu kawasan berhampiran jalan besar dan tali air, sawah itu sudah ditambak. Sebuah banglo juga sedang dalam pembinaan. Masih ada ruang kosong di situ yang khabarnya dijadikan tanah lot untuk dijual bagi membina rumah.…

Read More