Cerita Satim Diman, P15 & Azmin Ali hangatkan politik Selangor

CERITA politik di Selangor memang menarik perhatian. Negeri yang jatuh ke tangan pakatan PKR-DAP-Pas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 khabarnya sedang bergolak. Jika dulu melibatkan wakil rakyat Pas tetapi kini giliran PKR. Dulu wakil rakyat DAP pun cemas seketika apabila timbul cerita tidak manis mengenainya. Tetapi cerita itu pakat-pakat dilupakan. Nampak DAP lebih relaks ketika ini dan mengambil pendekatan diam-diam ubi berisi. UMNO Selangor juga ‘kecoh’ dengan dakwaan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Satim Diman nak letak semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Setiausaha Badan Perhubungan…

Read More

Wahai bangsa Melayu, sudah lupakah kamu?

HARI ini 21 Jun 2010. Apakah istimewanya tarikh 21 Jun ini? Bagi sesetengah ahli UMNO atau orang Melayu mungkin akan ingat tetapi kebanyakannya sudah tentu lupa. Maklumlah selepas sembilan tahun, ramai yang mudah lupa. Sebenarnya hari ini genap sembilan tahun, Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu sebagai Presiden UMNO menyampaikan ucapan menarik yang ditujukan khusus kepada orang Melayu. Ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2001 itu bertajuk ‘Melayu Mudah Lupa’. Malahan Selak minggu ini juga meminjam ungkapan terakhir dalam ucapan dasar Dr. Mahathir itu sebagai tajuk tulisan minggu ini. Pada…

Read More

Kenapa jual beg plastik pada hari tanpa plastik

HARI ini masuk minggu kedua musim cuti sekolah. Ketika inilah banyak majlis kenduri kahwin. Selamat pengantin baru kepada saudara mara dan sahabat handai yang melangsungkan perkahwinan. Jenuh menyusun jemputan bagi memenuhi undangan lebih-lebih lagi pada setiap Sabtu dan Ahad. Pada masa yang sama banyak destinasi dalam negara menjadi tumpuan ibu bapa untuk membawa anak-anak bercuti. Begitu juga peluang bercuti di kampung. Dan sudah semestinyalah apabila singgah di bandar, ramai yang akan membeli-belah. Bagi mereka yang pertama kali ke Pulau Pinang atau Selangor, jangan lupa mengingati Hari Tanpa Plastik (HTP). Mungkin…

Read More

Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang

KATA orang kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Begitu juga dengan cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Maknanya, lebih kurang apabila kita menuturkan sesuatu itu hendaklah berhati-hati supaya apa yang diucapkan tidak disalah tafsir atau menyinggung perasaan orang lain. Kadang-kadang apa yang diucapkan itu juga boleh mencetuskan suasana yang kurang baik di kalangan masyarakat atau rakan-rakan dalam sesebuah organisasi. Sejak kebelakangan ini, ada beberapa isu yang mencetuskan keresahan di kalangan masyarakat apabila sesuatu keputusan, ucapan, atau kenyataan dilontarkan. Menyelak kembali apa yang dimaksudkan itu ialah mengenai kenyataan atau…

Read More