Politik Pas dan PKR pada awal bulan Ramadan

PRK: Pilih wakil rakyat atau syok kempen SALAM Ramadan. Semoga umat Islam diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meningkatkan ibadah pada bulan penuh barakah ini. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi lebih daripada itu. Tidak perlulah dihuraikan di ruangan ini kerana masing-masing sedia maklum mengenai ‘pantang larang’ semasa berpuasa. Begitu juga apa yang digalakkan agama bagi meningkatkan ketakwaan kita pada bulan Ramadan Al Mubarak ini. Kecualilah apabila orang politik sanggup menghalalkan apa yang dilarang demi agenda politik mereka. Larangan agama diketepikan kononnya atas nama demokrasi, menegakkan kebenaran…

Read More

Wabak H1N1, bonus masuk 22 Ogos, pilihan raya kecil 25 Ogos

HARI ini bermulalah secara rasmi kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Inilah pilihan raya kecil (PRK) ketiga di kawasan Parlimen Permatang Pauh selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008. Kali pertama, seluruh pengundi di Permatang Pauh membuang undi bagi PRK Parlimen Permatang Pauh, diikuti PRK DUN Penanti. Kini giliran DUN Permatang Pasir. Maka sekali lagi Permatang Pauh menjadi tumpuan. Semoga kempen kali ini berjalan lancar, penuh kesopanan yang sebenar lebih-lebih lagi beberapa hari terakhir kempen, umat Islam termasuk di kawasan itu akan mendapat bonus sebulan. Bukan bonus…

Read More

Bersama memerangi selesema babi…H satu N satu

SEJAK kebelakangan ini, kita terus menghitung jumlah kematian akibat selesema babi atau influenza A (H1N1). Setakat Sabtu, jumlah kematian di Malaysia ialah 18 orang. Semalam lapan lagi meninggal dunia. Kanak-kanak, remaja dan warga emas menjadi mangsa tetapi kebanyakannya adalah disebabkan mereka tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi termasuk disebabkan ensefalitis, pneumonia dan comorbid- hypothyroidism, batuk kering dan obes. Dianggarkan 206,000 kes H1N1 dikesan di 174 negara di seluruh dunia. Daripada jumlah itu lebih 1,570 mangsa meninggal dunia. Ketika vaksin belum diperoleh, apakah H1N1 akan terus merebak tanpa dapat dibendung lagi? H1N1…

Read More

Cerahkan yang gelap, putihkan yang hitam

POLIS dah larang tetapi mereka degil! Akibatnya, menyusahkan orang ramai. Pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan. Pemandu teksi yang mahu menikmati kadar meter baru juga kempunan. Peniaga pasar malam di Jalan Tuanku Abdul Rahman kelam kabut, barangan yang dijual juga rosak. Mereka rugi. Di dalam kedai, orang ramai yang sedang membeli-belah juga ‘terperangkap’. Semuanya gara-gara demonstrasi 1 Ogos oleh orang Melayu (khabarnya 95 peratus) yang mahu supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Sebelum ini orang Melayu juga berarak kerana mahu mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa…

Read More