Luka di tangan dapat diubat, luka di hati siapa tahu

APA yang berlaku di China, Indonesia dan selatan Thailand serta banyak negara lain di dunia sejak kebelakangan ini amat mendukacitakan. Kita simpati terhadap nasib masyarakat Islam di selatan Thailand. Begitu juga dengan rakan seagama di China berikutan rusuhan kaum yang turut melibatkan etnik Uighur di Xinjiang. Begitu juga dengan letupan bom di negara tetangga, Indonesia. Syukurlah negara kita masih terselamat daripada peristiwa seumpama ini. Jika tidak, untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara misalnya memerlukan kawalan pasukan keselamatan seperti berlaku di Xin- jiang. Mungkin peminat-peminat Manchester United (MU) kempunan untuk…

Read More

Hilang adab sopan apabila ‘dibogel’, ‘dilondeh’ dalam blog

TENGAH malam ini berakhirlah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai. Esok 12,268 pengundi akan menentukan siapa pilihan mereka sama ada Tuan Aziz Tuan Mat yang mewakili Barisan Nasional (BN) atau Mohd. Fauzi Abdullah dari Pas. Khabarnya kempen di Manek Urai berjalan lancar, tidak seperti kempen PRK sebelum ini contohnya di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Kecuali Penanti yang menyaksikan tidak ada persaingan selepas BN tidak meletakkan calon dan memberi laluan mudah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memilih pengganti bagi jawatan Timbalan Ketua…

Read More

Politik nasi tambah dalam pakatan pembangkang

APA agaknya akan berlaku jika ketika ini Barisan Nasional (BN) masih menerajui Pulau Pinang dan Kedah? Bagaimana suasana di Kampung Buah Pala atau High Chaparal? Apa pula yang akan berlaku di Plaza Tol Sungai Nyior, Prai dan Bagan Ajam di Butterworth yang masih mengutip tol? Apa pula reaksi terhadap mendapan di Kondominium Gurney Park di Persiaran Gurney? Dan apa pula akan berlaku apabila seseorang secara terbuka mendakwa kuil Hindu dan tokong Cina akan diroboh? Anda yang bijak pandai dan selalu mengikuti perkembangan dunia politik sudah dapat mengagak apa yang akan…

Read More