Terjemahkan ikrar setia pada pilihan raya kecil

SEJARAH berulang! Jika tahun 2000 menyaksikan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO, kini cabaran yang sama berulang. Pada tahun 2000, selepas saingan sembilan penjuru bagi merebut jawatan Naib Presiden UMNO, BN menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Kemang (10 Jun) diikuti Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit di Kedah (18 Julai). Sebelum pemilihanpada 11 Mei itu, BN juga berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil DUN Sanggang (1 April). Pemilihan UMNO pada tahun 2000 juga sengit yang menyaksikan sembilan orang bertanding merebut tiga jawatan naib presiden.…

Read More

Persembahkan semula UMNO kepada rakyat

SELEPAS beberapa kali membuat penafian mengenai kedudukan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Pulau Pinang, akhirnya Mohamad Fairus Khairuddin tampil dengan kenyataan bahawa beliau meletak jawatan mulai 8 April ini. Beliau tidak dipecat. Fairus juga meletak jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) tetapi kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti. Sebenarnya ‘pengunduran’ Fairus bukanlah cerita yang menggemparkan kerana sebelum ini sudah ada tanda-tanda bahawa anak muda yang sekampung dengan penulis tetapi dibesarkan di Kuala Lumpur itu tidak serasi dengan jawatannya. Portfolionya pernah bertukar. Malahan semasa berlangsung Pilihan Raya Kecil Parlimen…

Read More

Nasihat Seri Paduka bertahan empat hari

SELASA lalu, seorang anggota Parlimen mengibaratkan Dewan Rakyat seperti sebuah pekan koboi apabila anggota-anggotanya sering berbalah dan melupakan tugas sebenar mereka untuk berkhidmat kepada rakyat. Menurut Halimah Sadique (BN-Tenggara), wakil rakyat merupakan pemimpin yang diperhatikan dan patut menjadi teladan kepada rakyat, bukannya bertelingkah antara satu sama lain. “Kita lupa bahawa kita adalah pemimpin yang sedang diperhatikan, lebih banyak bertekak antara satu sama lain. Kita lupa bahawa rakyat letak kita sebagai anggota Parlimen untuk kepentingan mereka dan bukan untuk kepentingan peribadi kita. “Kita bukan hendak jadi pelakon koboi dengan adegan tembak-menembak.…

Read More