Agong kecewa rasuah libatkan ATM

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap kes rasuah yang berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sehingga melibatkan pegawai di peringkat tertinggi. “Agaknya selepas ini saya terpaksa lantik sarjan sahaja jadi Panglima Angkatan Tentera (PAT),” titah baginda. Menurut Baginda, kes-kes rasuah yang terbongkar setakat ini hanyalah sebahagian kecil daripada masalah sebenar dan menyatakan keyakinan bahawa masih terdapat banyak lagi kes yang belum didedahkan. “Ini hanyalah ‘sekelumit daripada segunung’, atau  the tip of the iceberg; saya yakin ada ramai lagi di luar sana, sama ada…

Read More

Bahasa Melayu , peringatan tegas Agong

KUALA LUMPUR 19 Jan.  – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberi peringatan tegas hari ini apabila baginda menitahkan, pihak yang tidak dapat menerima Bahasa Melayu, supaya tidak tinggal di Malaysia. Titah baginda sebarang usaha untuk mengadakan sistem pendidikan baharu mesti dibuat selari dengan dasar pendidikan kebangsaan di mana bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia adalah bahasa kebangsaaan. “Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti menerima Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia. “Kalau ada yang tidak terima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,”…

Read More

21 maut nahas kereta api tergelincir

MADRID – Nahas dua kereta api berkelajuan tinggi yang tergelincir dan bertembung berhampiran bandar Cordoba di selatan Sepanyol pada Ahad,mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang manakala 25 yang lain cedera parah. Menurut laporan media, kira-kira 100 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Kemalangan tersebut berlaku pada 7.45 malam waktu tempatan apabila sebuah kereta api yang membawa 317 penumpang bagi laluan Malaga-Madrid terkeluar dari landasan berhampiran Amaduz, kira-kira 20km dari Cordoba. Kereta api yang tergelincir itu merempuh sebuah lagi kereta api berkelajuan tinggi yang sedang dalam perjalanan di landasan bersebelahan dari Madrid ke Huelva,…

Read More

OIC sambut baik fasa kedua damai

JEDDAH –  Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik pelancaran fasa kedua pelan damai komprehensif, selaras dengan Resolusi 2803 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC). Secretariat OIC turut mengalu-alukan pengumuman pembentukan jawatankuasa Palestin bagi menguruskan Semenanjung Gaza sebagai sebuah badan peralihan sementara. Justeru sekretariat itu menegaskan kepentingan mengekalkan perpaduan geografi dan institusi antara Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, termasuk Bandar Baitulmuqaddis yang diduduki. OIC juga menuntut penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya, selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab. Selain itu,…

Read More

PPP kembali anggotai BN

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sebelum ini memutuskan hubungan dengan Barisan Nasional (BN) pada Mei 2018 diterima kembali sebagai anggota parti komponen gabungan itu. Berikutan penyertaan semula PPP, BN kini dianggotai lima parti komponen selain UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO, mengumumkan demikian ketika menyampaikan ucapan merasmikan Perhimpunan Agung PPP Ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), hari ini. “Ini adalah pengumuman rasmi berdasarkan surat (daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan/ROS bertarikh…

Read More

AS bertanggungjawab nyawa rakyat Iran

TEHRAN – Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan Presiden  Amerika Syarikat (AS) Donald Trump harus bertanggungjawab ke atas nyawa rakyat Iran yang telah terkorban akibat rusuhan. Beliau mendakwa Trump turut bersalah apabila memfitnah negara itu dan menggalakkan perusuh bertindak ganas terhadap infrastruktur dan bangunan-bangunan di Iran. “Kami berpendapat Presiden AS bersalah, sama ada terhadap nyawa yang terkorban, kerosakan yang berlaku, mahupun fitnah yang beliau lemparkan terhadap bangsa Iran,” katanya ketika berucap di sebuah majlis pertemuan bersama penyokongnya di  hari ini. Menurut khamenei, secara lazimnya hanya media atau ahli politik…

Read More

Tidak gugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 17 Jan.  – Hasrat UMNO untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tidak bertujuan menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO  Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO mahu kolaborasi agung itu benar-benar dapat menyatukan roh dan perjuangan parti Melayu dan Islam dalam kerangka lebih besar. UMNO juga katanya, tidak mahu mana-mana parti yang akan menganggotai kolaborasi itu membubarkan parti mereka, sebaliknya bersama secara tidak rasmi terlebih dahulu bagi langkah awal dan menjadikannya sebagai satu gabungan besar. Ahmad Zahid menyatakan hasrat…

Read More

Akmal ‘budak nakal sayangkan ayah’

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh menolak tanggapan beliau tidak sehaluan dengan presiden,  Dr Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya menyifatkan dirinya “budak nakal” yang sayangkan ayahnya. “Ramai yang cakap saya ni tak sehaluan dengan Datuk Seri presiden, tapi saya nak bagi tahu anak yang paling nakal, anak yang paling sayangkan ayahnya. Kerana dia tak sanggup melihat ayahnya (presiden) ditipu dan dimomokan dengan perkara tidak betul. “Tak apa saya tak ada kepentingan…(tapi) UMNO ini perlu bangkit kembali, perlu berada di persadanya itu sahaja,” katanya ketika menggulung…

Read More