SINGAPURA 28 Mei – Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Luar Malaysia Mohamad Hasan menegaskan semula komitmen bersama untuk memperluaskan kerjasama yang saling mendatangkan manfaat kepada kedua-dua negara.
Menerusi catatan di Facebooknya, Wong berkata, Malaysia adalah negara jiran terdekat ” Singapura, di samping “sejarah yang dikongsi” serta “kepentingan bersama”.
Justeru, Singapura berharap dapat bekerjasama rapat dengan Malaysia bagi menggerakkan usaha memelihara kerjasama serantau, dengan Malaysia bakal menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025..
Menurut Wong walaupun mereka telah bertemu beberapa kali sebelum ini, tetapi kali ini ia merupakan lawatan pertama Mohamad ke Singapura sebagai Menteri Luar Malaysia itu.
Dan ini juga merupakan kali pertama Wong menyambut kunjungan Mohamad selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.
Wong turut memaklumkan telah menerima undangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi panggilan telefon dua minggu lalu, untuk melakukan lawatan pengenalan ke Malaysia sebelum Pemukiman Pemimpin lewat tahun ini.
“Saya berbesar hati untuk menerima undangan ini, dan akan menjadualkan lawatan awal ke KL, sebagai sebahagian daripada siri lawatan pengenalan ke ibu kota ASEAN,” tulis Wong.
Sementara itu Mohamad melalui Facebooknya berkata, dalam pertemuan itu,
mereka membincangkan kemajuan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara Malaysia dan Republik Singapura yang berteraskan jalinan akrab sejak sekian lama.
“Saya juga telah mengucapkan tahniah kepada Lawrence Wong yang memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Singapura ke-4 bermula 15 Mei lalu,” katanya.
Nnn
