Trump persoal keputusan pilihan raya

WASHINGTON –  Presiden Donald Trump, mula mempersoalkan keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) hanya beberapa hari selepas menyatakan kesediaannya menerima keputusan tersebut.

Menerusi hantaran di platform Truth Social pada Isnin, Trump mempersoalkan ketepatan tinjauan pendapat dan integriti proses pengundian, namun tidak mengemukakan bukti khusus bagi menyokong dakwaannya.

Kenyataan itu bercanggah dengan pendiriannya pada malam pilihan raya apabila beliau memberitahu The New York Times bahawa beliau “bersedia sepenuhnya” untuk menerima keputusan yang diumumkan.

Pilihan raya minggu lalu menyaksikan menyaksikan Republikan mengalami kekalahan besar, manakala Demokrat kembali menguasai Dewan Perwakilan dan Senat.

Trump bagaimanapun mendakwa Republikan mungkin akan menang dengan lebih mudah sekiranya beliau sendiri bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Beliau turut mengaitkan kekalahan partinya dengan kesan konflik Iran yang menyebabkan kenaikan harga bahan api, sekali gus menjejaskan sokongan pengundi.

Pakar undang-undang pilihan raya dan pegawai negeri pula menegaskan tiada petunjuk berlakunya penipuan secara meluas, sambil mengingatkan bahawa pengiraan undi di beberapa negeri sememangnya mengambil masa lebih lama disebabkan faktor perundangan dan logistik.

Nnn

Related posts

Leave a Comment