35 asnaf tiba di KLIA selepas umrah Andalusia

SEPANG 5 Okt. – Terima kasih Andalusia!  Itulah ungkapan yang dapat diucapkan oleh sekumpulan 35 asnaf yang terpilih menyertai umrah percuma tajaan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia).

Mereka, termasuk 20 asnaf dari kariah Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi selamat tiba di KLIA pagi ini dari Abu Dhabi selepas berada di Madinah selama lima hari dan tujuh hari di Makkah.

Disambut petugas Andalusia dan anggota keluarga, mereka yang kelihatan ceria dan gembira tiba kira-kira pukul 8.30 pagi menerusi Etihad Airways selepas singgah seketika di Abu Dhabi dalam penerbangan pulang.

Pakej berkenaan bernilai kira-kira RM8,390 setiap seorang.

Selain 20 asnaf yang dipilih dalam kalangan ahli kariah Masjid Al-Hasanah, turut dipilih 15 lagi jemaah asnaf dar Selangor dan juga Putrajaya.

Andalusia pada 30 Ogos lalu mengumumkan untuk menaja 20 asnaf sempena  Karnival Jelajah Impian & Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) Bangi yang berlangsung di masjid berkenaan selama dua hari.

Pengarah Urusan Andalusia Ibrahim Mat Sin ketika mengumumkan sumbangan itu pada malam terakhir JIMBA juga menjanjikan RM100,000 kepada pihak masjid sebagai zakat wakalah, untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.

Tajaan umrah itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan syarikat itu.

Pemilihan jemaah pula dibuat dengan kerjasama pihak masjid dan antara kategori asnaf yang dipilih termasuklah berusia 50 tahun ke atas, pertama kali menunaikan umrah serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Bagi kumpulan asnaf Masjid Al-Hasanah, selain Andalusi yang menaja sepenuhnya tiket penerbangan, penginapan serta ziarah, pihak Klinik As-Salam pula menaja vaksin manakala sumbangan kain ihram oleh Koperasi Masjid Al-Hasanah.

Nnn

Related posts

Leave a Comment