Keluarga rayu bebaskan Jimmy Lai

WASHINGTON – Anak-anak kepada tokoh media Hong Kong, Jimmy Lai, 78 merayu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump serta pemimpin dunia lain mendesak Beijing membebaskan bapa mereka, yang mengalami kemerosotan tahap kesihatan. Lai dijatuhi hukuman 20 tahun penjara selepas mahkamah di Hong Kong mendapati dia bersalah di bawah undang-undang keselamatan negara yang digubal Beijing – undang-undang yang dikritik kerana mengekang suara pembangkang di wilayah itu. Menurut anaknya, Sebastien Lai, Trump sebelum ini menyatakan beliau mengambil berat tentang kes tersebut, sambil menyifatkan kemungkinan lawatan Presiden AS ke Beijing pada April sebagai…

Read More

Keputusan Israel dapat kecaman

RAMALLAH – Keputusan terbaharu Israel untuk memperkukuh kawalan ke atas Tebing Barat serta memperluaskan penempatan Yahudi, mendapat kecaman beberapa negara Arab dan Islam. Naib Presiden Palestin Hussein al-Sheikh dalam satu kenyataan menggesa Majlis Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan  “keputusan berbahaya” pihak berkuasa Israel. Beliau menegaskan perlunya pendirian antarabangsa yang bersatu untuk mengecam langkah itu dan menuntut ia ditarik balik dengan segera. Dalam pada  itu, menteri luar dari lapan negara Arab dan Islam mengutuk sekeras-kerasnya keputusan serta…

Read More