Wan Saiful terkejut keputusan pantas

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Wan Saiful Wan Jan yang dipecat keahlian Bersatu terkejut dengan ‘tindakan pantas’ Lembaga Displin terhadapnya, sedangkan sampai ke hari ini belum ada keputusan terhadap aduan terkait Setiausaha Agung, Datuk Seri Azmin Ali yang dibuat dua tahun lalu. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, itu mempertikai ‘permainan dalaman’ termasuk pihak tertentu dalam parti yang mahu tindakan segera diambil terhadapnya dan pimpinan lain. Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkannya hari ini sebaliknya, menyatakan hanya akan menceritakan lebih lanjut hal itu…

Read More

Jawatankuasa khas siasat kes bunuh pelajar

PUTRAJAYA 14 Okt. – Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memastikan semua aspek terkait kes pelajar perempuan maut ditikam pelajar lain di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata kes itu kini berada dalam siasatan pihak berkuasa dan suspek telah ditahan polis. “Kementerian Pendidikan (KPM) akan berkerjasama penuh dalam proses siasatan. Pasukan kaunselor, guru bimbingan dan kaunseling digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah berkenaan,” katanya melalui kenyataan hari ini. Media hari ini…

Read More

Sokongan Malaysia terhadap pelan damai bersyarat

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Malaysia tidak menyokong sepenuhnya syarat-syarat yang terkandung dalam pelan damai antara Hamas dan Israel yang dipelopori oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebaliknya menegaskan, sokongan Malaysia itu adalah dengan bersyarat, dan ia juga merupakan satu keputusan dan pendirian yang dibuat secara sukar serta dipersetujui pada saat-saat akhir. Katanya, antara syarat sokongan Malaysia itu adalah mengiktiraf hak Palestin sebagai sebuah negara, menyelesaikan semua masalah termasuk di Tebing Barat dan rakyat Palestin yang terusir diberi hak kembali ke tanah air mereka. Sokongan…

Read More

Bersatu pecat Wan Saiful, gantung Wan Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR 14 Okt.  – Ahli Parlimen Bersatu Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dipecat manakala Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung keahlian selama satu penggal. Lembaga Disiplin Bersatu turut memecat empat lagi pemimpin akar umbi Bersatu iaitu, Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya); Mohd Faizal Asmar (Pengerang); Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) serta Mohd Isa Mohd Saidi dari Bahagian Ampang. Pemecatan dan penggantungan itu adalah susulan isu akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha mendesak pengunduran presiden parti itu sebelum ini. Mereka sebelum…

Read More

Prabowo mahu jumpa anak Trump

SHARM EL-SHEIKH – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyuarakan hasrat bertemu anak kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) yang juga Naib Presiden Eksekutif Trump Organization, Eric. Hasrat itu dinyatakan menerusi perbualan Prabowo bersama Donald Trump selepas rakan sejawatnya dari AS itu berucap pada sidang kemuncak Gaza, semalam. Bagaimanapun , tidak jelas sama ada mereka merujuk kepada Trump Organization atau sebarang urusan perniagaan yang membabitkan Presiden atau keluarganya. Mereka dikatakan tidak sedar perbualan itu dirakam secara langsung melalui mikrofon, manakala Rumah Putih dan Kedutaan Besar Indonesia di Washington enggan mengulas perkara tersebut. Prabowo…

Read More

Netanyahu ‘gagal hadir’ sidang Gaza

SHARM EL-SHEIKH: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu gagal membuat kunjungan ke Sharm el-Sheikh, selepas beberapa pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak Gaza di Mesir menolak kehadirannya. Menurut laporan media, Netanyahu pada mulanya dijadual membuat lawatan mengejut ke mesyuarat di Sharm el-Sheikh, selepas panggilan tiga hala bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi. Semasa panggilan tiga hala itu, Trump menegaskan mahu Netanyahu hadir, sementara Sisi dilaporkan enggan menampakkan seolah-olah beliau berselisih pandangan dengan Presiden AS. Netanyahu menarik diri dengan alasan untuk menyelesaikan konflik ketika ini sedangkan…

Read More