Day: October 10, 2025
Komitmen lulus RUU ‘Sekat Bom’
WASHINGTON – Hampir 50 Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) menunjukkan komitmen untuk meneruskan usaha meluluskan rang undang-undang (RUU) ‘Block the Bombs’ atau ‘Sekat Bom’, bagi menyekat penghantaran senjata AS kepada Israel sehingga pelanggaran hak asasi manusia di Gaza dihentikan sepenuhnya. RUU ‘Block the Bombs Act (H.R. 3565)’, itu turut disokong oleh Congressional Progressive Caucus, kumpulan terbesar dalam Dewan Perwakilan AS. Ia menyasarkan senjata paling dahsyat seperti bom BLU-109, peluru berpandu JDAM, peluru meriam 155mm, dan peluru kereta kebal 120mm. Ketua Progressive Caucus, Greg Casar, berkata AS tidak boleh terus menghantar…
Read MoreIndonesia halang atlet Israel
JAKARTA – Tiada visa akan dikeluarkan kepada atlet Israel yang ingin menyertai Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2025 yang dijadual berlangsung di Kompleks Sukan Gelora Bung Karno, Jakarta Pusat mulai 19 hingga 25 Oktober ini. Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Yusril Ihza Mahendra berkata keputusan itu selaras dengan pendirian teguh Presiden Prabowo Subianto terhadap isu Israel dan Palestin. “Dalam ucapannya baru-baru ini di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Presiden menyatakan kecaman tegas terhadap tindakan kekejaman dan kezaliman Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza,” katanya…
Read More