Singapura sedia iktiraf Palestin

SINGAPURA 22 Sept. – Singapura menyatakan kesediaan untuk mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai dan mengumumkan bakal mengenakan sekatan khusus terhadap pemimpin kumpulan Israel, kata Menteri Luar, Vivian Balakrishnan Singapura dan Israel menjalin hubungan diplomatik dan ketenteraan sejak republik itu merdeka pada 1965, namun pada 2024 Singapura mengundi menyokong beberapa resolusi yang menyatakan sokongan terhadap pengiktirafan Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Negara-negara Barat dan beberapa negara lain kini memperketatkan pendirian terhadap kumpulan peneroka serta beberapa pegawai Israel yang dituduh mencetuskan keganasan. Berucap di Parlimen, Balakrishnan menegur ahli politik…

Read More

JPJ tahan pemandu ‘ulat teksi’

PUTRAJAYA 22 Sept. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan seorang pemandu ‘ulat teksi’ susulan insiden seorang pelancong asing yang ditipu dengan caj berlipat ganda di KLIA 2 baru-baru ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, JPJ diarah menjejaki kenderaan itu selepas tular di media sosial dua hari lalu mengenai ‘ulat’ di KLIA T2 dengan tawaran asal RM60 tetapi dipaksa membayar RM800 sebelum turun daripada kereta. “Semalam, selepas operasi samaran di KLIA, JPJ berjaya menahan kenderaan tersebut bersama pemandunya. Kereta itu telah disita serta-merta dan kertas siasatan dibuka untuk tindakan selanjutnya,” katanya…

Read More

Pernikahan Raja Muda Selangor 2 Okt.

SEPANG 22 Sept. – Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Cik Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz pada hari Khamis, 2 Oktober depan. Menurut kenyataan Selangor Royal Office hari ini, Istiadat Pernikahan Diraja akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di Klang. “Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Diraja Raja Muda Selangor akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober,” kata kenyataan itu. Sehubungan dengan itu,…

Read More

Mulai 30 September, RON95 RM1.99 seliter bagi warga Malaysia

PUTRAJAYA 22 Sept.  — Pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 berbanding RM2.05 seliter akan bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan tanpa mengambil kira tahap pendapatan. Mulai tarikh yang sama juga bagi bukan warganegara dan syarikat besar, harga RON 95 adalah pada RM2.60. Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini. Katanya, inisiatif itu dibuat di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan sebagai penghargaan semangat dari Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Anwar berkata, penyasaran subsidi…

Read More

India gesa rakyat pilih barang tempatan

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi, menggesa rakyatnya berhenti menggunakan produk buatan luar negara sebaliknya memilih barangan tempatan, dalam usaha memperkukuh kempen berdikari. Gesaan itu dibuat ketika hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) semakin meruncing selepas Presiden AS, Donald Trump mengenakan tarif sebanyak 50 peratus terhadap barangan import dari India. Susulan itu, Modi menekankan kepentingan penggunaan barangan “Swadeshi” atau buatan India dan pada masa sama penyokongnya melancarkan kempen memboikot jenama Amerika seperti McDonald’s, Pepsi dan Apple yang begitu popular dalam kalangan pengguna India. “Banyak produk yang kita gunakan…

Read More

Negara Barat iktiraf Palestin

LONDON – Britain, Australia, Kanada dan Portugal mengiktiraf Negara Palestin, satu langkah bersejarah dalam dasar luar Barat sejak beberapa dekad lalu yang disambut baik rakyat Palestin tetapi mencetuskan kemarahan Israel. Beberapa negara lain termasuk Perancis dijangka mengikut jejak itu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyifatkan desakan pengiktirafan Palestin sebagai ‘tidak masuk akal’ dan mendakwa ia bakal ‘mengancam kewujudan’ Israel. Sambil menegaskan negara Palestin tidak akan wujud, beliau malah berikrar memperluas penempatan Yahudi di Tebing Barat yang diduduki sejak 1967 dan…

Read More