5 ahli DPR digantung keanggotaan

JAKARTA – Lima Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) bagi penggal 2024-2029 digantung keanggotaan oleh parti masing-masing, selepas kenyataan serta sikap mereka disifatkan menyinggung hati rakyat sehingga mencetuskan demonstrasi.

Menurut laporan Kompas, susulan itu, Ahli DPR terbabit Ahmad Sahroni, Nafa Urbach, Eko Patrio, Uya Kuya dan Adies Kadir tidak lagi menerima gaji serta elaun sebagai wakil rakyat.

Mengikut peraturan sedia ada, Ahli DPR yang digantung sementara, masih layak menerima gaji pokok dan elaun tertentu tetapi, Fraksi Parti NasDem meminta DPR menghentikan gaji, elaun dan semua kemudahan kepada Ahmad Sahroni dan Nafa Urbach.

Ketuanya, Viktor Bungtilu Laiskodat, berkata ia selaras dengan penggantungan dua wakil rakyat itu daripada keanggotaan DPR.

Begitu juga fraksi Parti Amanat Nasional (PAN) turut meminta tindakan sama diambil terhadap Eko Patrio dan Uya Kuya.

Menurut Ketuanya, Putri Zulkifli Hasan, langkah itu penting bagi menjaga akauntabiliti dan kepercayaan rakyat.

Ketua Fraksi Golkar, Muhammad Sarmuji pula menyifatkan ketiadaan gaji dan elaun kepada Adies Kadir sebagai kesan logik penggantungan tugas.

Sementara itu, Ketua Mahkamah Kehormatan Dewan (MKD), Nazaruddin Dek Gam, mengesahkan sudah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung DPR bagi menghentikan gaji dan elaun Ahli Dewan yang digantung tugas.

Setiausaha Agung DPR, Indra Iskandar, pula memaklumkan bahawa permohonan itu sudah diterima dan dipersetujui oleh pimpinan DPR.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment