PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) mengumuman harga runcit petrol RON97 dan diesel dSemenanjung Malaysia masing-masing naik tiga sen seliter bagi tempoh 28 Ogos hingga 3 September depan.
Dalam kenyataan hari ini, MOF memaklumkan harga baharu RON97 ditetapkan pada RM3.16 seliter berbanding RM3.13 seliter minggu lalu.
Katanya, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah iaitu RM2.15 seliter.
“Pelarasan harga dibuat berdasarkan formula Kaedah Harga Automatik(APM) yang mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia.
Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga,” kata kenyataan itu.
Menurut MOF, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.
