“Saya terlalu bahaya berada di Parlimen?”

KUALA LUMPUR 21 Okt. – “Apakah saya ini ancaman kepada Parlimen? Apakah muka dan keberadaan saya ini memberi tekanan kepada Parlimen? Adakah saya terlalu bahaya untuk berada di Parlimen walaupun saya tak dapat cakap satu perkataan pun?”

Itu persoalan yang ditimbulkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selepas beliau dilarang berada di Galeri Awam bagi mengikuti persidangan Dewan Rakyat mulai Selasa lalu.

Beliau yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan pada Julai lalu, hanya sempat berada di Galeri Awam pada Isnin lalu.

Wan Ahmad Fayhsal menyifatkan tindakan itu sebagai berlebihan, sedangkan beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang dipilih rakyat.

“Saya tidak tahu peraturan mana (yang dirujuk) saya dilarang masuk ke tempat pemerhati, Galeri Awam dan tempat petugas. Saya tidak bercakap langsung.

“Adakah saya diberi layanan lebih rendah berbanding pegawai, malah lebih rendah daripada orang awam yang menonton sidang Dewan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Susulan itu beliau akan menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat,  Johari Abdul supaya mempertimbang semula larangan berada di Galeri Awam Dewan Rakyat yang dikenakan ke atas beliau.

Beliau turut mempersoalkan peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat yang diguna pakai Johari untuk mengeluarkan larangan itu.

“Apakah saya ini ancaman kepada Parlimen? Apakah muka dan keberadaan saya ini memberi tekanan kepada Parlimen? Adakah saya terlalu bahaya untuk berada di Parlimen walaupun saya tak dapat cakap satu perkataan pun?

Saya tidak tahu peraturan mana (yang dirujuk) saya dilarang masuk ke tempat pemerhati, Galeri Awam dan tempat petugas. Saya tidak bercakap langsung.

“Adakah saya diberi layanan lebih rendah berbanding pegawai, malah lebih rendah daripada orang awam yang menonton sidang Dewan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, pada Mac 2018, Ahli Parlimen Gelang Patah ketika itu, Lim Kit Siang digantung daripada sidang Dewan selama enam bulan, namun beliau dibenarkan berada dalam Dewan tetapi tidak terbabit dalam perbahasan.

“Sudah ada satu duluan yang sepatutnya Tuan Yang Dipertua boleh patuhi. Apa salahnya saya duduk dengan pegawai? Saya boleh bantu mereka dalam perbahasan dan bawa suara rakyat, juga daripada Parlimen dan negeri saya,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment