Mr H beri keterangan hari ini?

PUTRAJAYA 23 Nov. – Siapa ‘Mr H’ masih menjadi misteri selepas individu dikaitkan video perbualan lucah didakwa membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dr Mohammad Agus Yusoff, tidak muncul semalam.

Sebelum ini, beliau  difahamkan akan memberi keterangan pada pukul 5.30 petang semalam di Balai Polis Presint 11 di sini.

Bagaimanapun lebih 20 petugas media yang menantikan kehadiran beliau di pekarangan Balai Polis Presint 11 di sini, sejak pukul 4 petang, pulang hampa selepas dimaklumkan individu itu tidak hadir.

Difahamkan, , sesi mengambil keterangan Mr H kemungkinan dilakukan hari ini, di lokasi lain.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, dilaporkan berkata keterangan Mr H akan diambil di Balai Polis Presint 11, Putrajaya.

Katanya, setakat ini seramai tiga saksi sudah dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan beberapa saksi lain akan diambil keterangan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun beliau memaklumkan polis masih belum menerima laporan daripada pembantu pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, berkaitan video perbualan lucah dikaitkan dengannya.

Abdul Wahab mendakwa, diarah pegawai atasan yang digelarnya sebagai ‘Mr H’ untuk merakam perbualan bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.

Katanya, dia merakam perbualan video berkenaan, namun isi perbualannya bukan seperti yang tersebar dan tular di media sosial itu.

Related posts

Leave a Comment