Day: November 11, 2023
Kor Ming serah sebulan gaji
KUALA LUMPUR 11 Nov. – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyerahkan sebulan gajinya kepada kakitangan kementerian itu yang berjaya memenangi kategori tertinggi pada Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023. Kor Ming dalam satu hantaran di X berkata, ia sebagai mengiktiraf jasa dan bakti mereka yang telah berusaha dalam mencapai kejayaan itu. Semasa mesyuarat pasca-Kabinet, saya telah memberi satu bulan gaji menteri saya kepada kakitangan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang berjaya memenangi kategori tertinggi AIPSA 2023 sebagai pengiktirafan jasa dan bakti mereka. Malaysia MADANI, pemimpin dan rakyat…
Read MoreNak dapat peruntukan perlu sokong PM
KEMAMAN 11 Nov. – Perikatan Nasional (PN) menghentikan rundingan dengan Kerajaan Perpaduan berhubung peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang susulan syarat perlu memberi sokongan kepada Perdana Menteri. Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, berkata, rundingan sebelum ini dibuat menerusi wakil PN, Takiyuddin Hassan, yang juga Setiausaha Agung Pas sebelum dihentikan. “Untuk mendapat peruntukan itu, kena sokong Perdana Menteri waima apa saja rang undang-undang, keputusan yang dibuat di Parlimen nak kena sokong. “Tapi kalau Perdana Menteri buat perkara yang bercanggah dengan prinsip parti, perjuangan parti dan undang-undang parti, mana kita boleh sokong. Itu…
Read More