JOHOR BAHRU: Isu Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PN) masih menghantui pemikiran pengundi walaupun kerjasama terbabit sudah berlangsung sembilan bulan, kata Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi BN itu berkata pengundi masih khuatir terhadap kerjasama kedua-dua parti gabungan berkenaan. Justeru Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, BN perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengundi-pengundi dan akar umbi bahawa kerjasama antara parti itu dengan PH adalah demi kebaikan pelbagai kaum. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Belia Desa Madani @KKDW di B5 Street Market, Tampoi, di sini hari…
Read MoreDay: August 25, 2023
Gandingan PH-BN mampu selamatkan Malaysia
ISKANDAR PUTERI 25 Ogos – Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkaitan, gandingan PH-BN dalam Kerajaan Perpaduan menjadi satu-satunya gabungan yang mampu menyelamatkan Malaysia. Anwar berkata aspek progresif yang didukung PH digabungkan dengan pengalaman BN dalam mentadbir negara adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan tempoh pemerintahan Perikatan Nasional sebelum ini. “Dengan pengalaman rakan-rakan BN dan aspek progresif PH, bagi saya gabungan ini adalah satu-satunya wadah dan wahana untuk selamatkan Malaysia ketika ini,” katanya pada sesi perjumpaan bersama jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan di sini hari ini. Beliau bagaimanapun berkata, suasana pilihan…
Read MoreExco Negeri Sembilan 2023-2028
Berikut adalah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri : YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan Jawatan Kuasa Bertindak 1.Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan. 2.Kewangan, Tanah dan Sumber Alam 3.Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam. YB Datuk Seri Haji Jalaluddin Bin Alias EXCO KANAN Jawatan Kuasa Bertindak 1.Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi. 2.Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup. YB Tuan Teo Kok Seong EXCO Jawatan Kuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam YB Puan Noorzunita Begum Binti Mohd Ibrahim EXCO Jawatan Kuasa Bertindak Wanita,…
Read MoreUsah ungkit Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi
ISKANDAR PUTERI 25 Ogos – Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara, tidak digembar-gembur dan diungkit khususnya oleh wakil-wakil masyarakat bukan Islam di negara. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan modul itu berkait secara langsung dengan kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama, pada masa depan. Justeru, beliau meminta masyarakat bukan Islam memahami kepentingan pelaksanaan modul berkenaan. “Saya harap dengan penjelasan ini tidak akan berbangkit kecurigaan dalam sistem pendidikan kita. Sebahagian tidak suka Islam diajar, sebahagian lagi gunakan Islam tetapi tidak dengan dasar ilmu.…
Read MoreBelum cadang sekat import makanan laut Jepun
SERDANG: Malaysia belum memutuskan untuk melaksanakan sebarang sekatan membabitkan import makanan laut dari Jepun susulan tindakan negara itu melepaskan air radioaktif yang dirawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata sebaliknya keputusan mengenainya hanya akan dibuat selepas keputusan kajian yang dilaksanakan beberapa pihak berkaitan diperoleh. Katanya , sehingga kini kajian berhubung kesan pelepasan air radioaktif itu yang bermula semalam dilaksanakan bersama Kementerian Kesihatan (KKM), pihak berkaitan alam sekitar dan MAFS sendiri. “Walaupun Jepun menyatakan (air) sudah dineutralisasikan, namun kita…
Read MoreBerita pilihan…
Pertahan modul Hadis 40 Imam Nawawi
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan di sekolah di negara ini, amat bertepatan dengan keperluan semasa dan tidak perlu dipolemikkan. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz. berkata pihaknya menghormati pengumuman oleh Kementerian Pendidikan (KPM) itu untuk melaksanakan modul dalam lingkungan pelajar beragama Islam sahaja. “Malah, pelaksanaan modul ini bertepatan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara untuk memupuk amalan kesederhanaan yang dianjurkan sebagai nilai hidup dalam kalangan generasi muda muslim khususnya,” katanya dalam kenyataan di sini.…
Read MoreUMNO bertindak ADUN hadir majlis PN
KUALA LUMPUR 25 Ogos – UMNO akan mengambil tindakan terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti berkenaan yang didapati menyertai program anjuran Perikatan Nasional (PN) di Johor, kelmarin. “Saya akan terima laporan itu dan kita akan lakukan sesuatu,” kata Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini. Perkara itu merujuk tindakan ADUN Rembia, Melaka, Muhammad Jailani Khamis yang hadir pada majlis pengumuman calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Bakri, Johor. Kehadiran…
Read More