DAP kekal terajui Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 11 Julai – DAP akan terus menerajui Pulau Pinang sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata sudah ada persefahaman antara PH dan Barisan Nasional (BN) bahawa DAP akan menerajui kerajaan negeri. Bagaimanapun sehingga kini belum ada keputusan dibuat mengenai siapa calon Ketua Menteri Pulau Pinang. Katanya, ketika ini partinya sedang menyusun strategi dan calon untuk PRN nanti dan akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi untuk membincangkan lebih lanjut mengenai perkara…

Read More

“Itu rumah Budin, bukan rumah saya”

SEPANG 11 Julai – “Rumah itu bukan milik saya,” Itu penjelasan Muhammad Sanusi Md Nor berikutan tular di media sosial gambar rumah banglo di Sik yang dikaitkan dengan Menteri Besar Kedah itu. Muhammad Sanusi menjelaskan rumah itu adalah milik abangnya, Budin yang bukan orang politik dan tidak ada kena mengena dengan politik atau pilihan raya. Sambil menyifatkan ia fitnah sehingga timbul tanggapan banglo itu miliknya, Muhammad Sanusi berkata, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), pemfitnah bekerja keras untuk mempengaruhi orang ramai bahawa beliau kini hidup kaya raya. “Tidak ada wang saya…

Read More

KWSP cadang wujud Akaun 3

KUALA LUMPUR 11 Julai – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa. Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata Akaun 3 itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli. Katanya, dengan adanya Akaun 3 itu juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP. Dalam taklimat khas KWSP secara maya hari ini, beliau berkata, kadar simpanan yang diperuntukkan bagi Akaun 3, mungkin membabitkan antara lima hingga 10…

Read More

Gubal undang-undang dakwa, pecat PM

KUALA LUMPUR 11 Julai – Kerajaan disaran menggubal undang-undang yang membolehkan perdana menteri didakwa dan dipecat atas salah laku. Speaker Dewan Negara,  Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ketika ini negara tidak mempunyai undang-undang yang membenarkan pendakwaan terhadap perdana menteri dan itu harus diperkenal. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, negara seperti United Kingdom (UK) mempunyai undang-undang berkenaan. “Perkara itu (dakwaan salah laku) dilakukan di England pada tahun 1800-an dan terakhir, bekas perdana menteri, Tony Blair pernah didakwa pada 2004” katanya ketika ucaptama pada forum ‘Kestabilan…

Read More

Kadar inflasi lebih rendah di bawah Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 11 Julai –  Kenaikan harga barang dan perkhidmatan atau dalam istilah ekonomi “inflasi” berada pada kadar yang lebih rendah sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pentadbiran negara. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub, berkata sejak awal tahun ini, inflasi menunjukkan trend mereda, di mana kadarnya pada Mei lalu adalah 2.8 peratus. Berbanding April lalu, beliau berkata kadar inflasi pada bulan itu adalah 3.3 peratus, manakala Mac mencatatkan 3.4 peratus dan 3.7 peratus masing-masing direkodkan pada Februari dan Januari lalu. “Kalau inflasi yang dinyatakan ini…

Read More

Amanah jangka peroleh 33 kerusi DUN

KUALA LUMPUR 11 Julai – Parti Amanah Negara (Amanah) menjangkakan akan memperoleh 33 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan pada 12 Ogos depan. Timbalan Presidennya,  Salahuddin Ayub, berkata pihaknya juga yakin dapat memenangi semua kerusi DUN yang disasarkan itu, termasuk di negeri ditadbir pembangkang. “Angka (bertanding kerusi DUN) lebih kurang…kalau di Kelantan (kita) boleh bertanding tujuh kerusi. Kalau di Terengganu tiga atau empat Insya-Allah. Kedah (kita sasarkan) tujuh atau lapan (kerusi DUN), Selangor sembilan kerusi, Negeri Sembilan tiga kerusi…

Read More

BN hormati pendirian MCA, MIC

KUALA LUMPUR 12 Julai  – Keputusan parti komponen Barisan Nasional (BN) MIC dan MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan, bukan langkah memboikot gabungan itu dan PRN. Sebaliknya, ia adalah keputusan konsensus dan dibuat berdasarkan peluang calon UMNO yang dilihat lebih cerah untuk memenangi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), yang bakal ditandingi BN. Timbalan Presiden MIC,  M Saravanan, berkata keputusan itu pernah dilakukan sebelum ini, iaitu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland pada 2019, yang menyaksikan kerusi tradisi MIC diberikan…

Read More