Utusan : Jangan abaikan ‘harta hidup’ dan ‘harta mati’

SEBELUM ini selepas penutupan Syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, saya ada menulis mengenai Utusan bertajuk Milik Siapakah Khazanah Utusan? Khazanah bermaksud barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu. Paling mudah khazanah itu adalah harta. Dalam konteks Utusan, saya kategorikan harta ini ‘harta hidup’ dan ‘harta mati’. Harta hidup adalah tenaga kerja atau sumber manusia yang mempunyai pelbagai pengalaman dan kepakaran masing-masing. Sama ada wartawan, jurugambar, juruteknik, pelukis, grafik artis, eksekutif pemasaran, pengiklanan, teknologi maklumat, penyelidik dan pelbagai lagi, mereka adalah ‘harta hidup’ iaitu sumber manusia yang tiba-tiba kehilangan kerja. Lebih…

Read More

Milik siapakah khazanah Utusan?

DI SEBALIK keresahan lebih 1,600 kakitangan dan bekas kakitangn Kumpulan Utusan mengenai masa depan, gaji dan pampasan, timbul juga persoalan terhadap nasib ‘hartanah’ – harta dan tanah milik syarikat yang gulung tikar itu. Ibu pejabat korporat, tapak bangunan lama dan kilang percetakan antara harta yang menjadi kebanggaan pekerja. Dulu, kini dan selamanya. Namun penutupan syarikat atau Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation) menyebabkan kebanggaan sedikit terjejas. Apa yang dibanggakan selama ini berkaitan kilang dan pejabat pudar apabila semua harta itu ‘dicairkan’ atau berpindah milik bagi menjelaskan hutang yang ditanggung. Sekadar…

Read More