GST hilang, caj letak kereta muncul

MASIH ingat ‘Ayu 20 sen’ dalam filem Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok? Ayu adalah watak ‘pengutip cukai’ simpan rahsia kakaknya Zaiton yang bercinta dengan Sudin. Begitu juga aksi di Penambang Sampan Sungai Kemunting dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Duit tambang dikutip selepas penumpang naik ke penambang. Bagi yang ‘sewa’ payung di atas sampan milik pendayung pula dikenakan bayaran 5 sen. Begitulah pelbagai kaedah ‘mengutip hasil’. Apa sahaja yang boleh dijadikan sumber pendapatan akan dilakukan dengan menggunakan pelbagai nama. Pihak berkenaan akan berusaha mewajarkan keputusan itu. Kisah filem ini diimbas…

Read More

Perkasa penguatkuasaan bukan menuding jari

Ketika pihak berkuasa mencari, mengesan dan menyiasat siapa sabotaj, khianat atau dalang di sebalik pencemaran ini, fokus utama yang lebih penting adalah penguatkuasaan. APABILA pemancing dijadikan sasaran awal punca pencemaran Sungai Selangor , ramai yang memberi pelbagai reaksi. Ada yang sinis. Kesimpulan awal, pemancing didakwa melakukan khianat dengan mengalirkan minyak diesel atau benzena ke dalam sungai itu. Ramai yang tanpa membaca maklumat sepenuhnya mendakwa, tidak masuk akal, pemancing membawa minyak atau diesel. Mereka hanya membawa umpan atau cacing. Untuk apa mereka membawa minyak? Tetapi hakikatnya ada tong minyak di pontun…

Read More

Pemandu jangan leka dan lega dengan talian hayat

Penangguhan itu melegakan pemandu Grab untuk meneruskan operasi mereka lebih-lebih lagi yang masih menunggu keputusan ujian atau peperiksaan yang dilakukan. APABILA seorang sahabat, pemandu teksi berkata kerajaan melakukan pusingan U atau U-turn berhubung syarat untuk perkhidmatan e-hailing beroperasi, saya katakan kepadanya : “ Bukan U-turn tetapi lampu isyarat merah sudah bertukar hijau. Pemandu boleh meneruskan perjalanan sehingga ke destinasi ditetapkan”. Kini giliran Grab (merujuk semua pengendali e-hailing) lega. Mereka diberi talian hayat kedua selama tiga bulan. Keputusan kerajaan melanjutkan tempoh sudah dijangka. Berdasarkan sambutan amat perlahan serta faktor berurusan saat-saat…

Read More