Bersyukurlah dipilih, istiqamah di Haramain

SELAMAT berangkat menunai­kan ibadah haji kepada 30,200 jemaah yang bakal ‘terbang’ secara berperingkat mulai Sabtu ini sehinggalah penerbangan terakhir pada 15 Ogos. Syukurlah, mereka ini adalah antara lebih 1.5 juta yang bertuah kerana terpilih, yang sebahagian besarnya telah lama menunggu giliran. Sebahagian be­sarnya sudah tentu kali pertama sementara yang lain mungkin juga kali kedua atau ketiga. Menjelang keberangkatan itu, bakal jemaah telah dibekalkan dengan pelbagai amalan yang perlu dilakukan ke­tika berada di Mekah dan Madinah. Diharapkan semua urusan berkaitan sama ada di negara ini dan di Arab Saudi dapat berjalan…

Read More