SEMALAM, Kongres Khas DAP berlangsung dengan pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Jumlah perwakilan hanya 2,576 orang dan calon yang bertanding pula 49 orang. Kongres khas ini diadakan selepas pemilihan yang berlangsung pada 15 Disember 2012 terpaksa dibatalkan. Ketika itu 68 orang bertanding dan tidak sampai 2,000 yang mengundi. Semalam juga, berlangsung simulasi pemilihan UMNO. Berbanding DAP, pemilihan UMNO tentulah lebih rumit kerana bakal melibatkan lebih 146,000 perwakilan yang akan memilih 33,682 calon pemimpin bagi pelbagai peringkat iaitu Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dan bahagian. Jika DAP…
Read MoreMonth: September 2013
Gelanggang orang lama, orang muda, muka baharu
MEMANG meriah suasana pada ‘hari penamaan calon’ pemilihan UMNO yang berlangsung Sabtu lalu. Setakat ini sudah nampak tanda-tanda saingan sengit dijangka berlaku termasuk di peringkat bahagian berikutan ramai yang menawarkan diri. Jelaslah berlaku penawaran diri beramai-ramai untuk bertanding yang memperlihatkan proses demokrasi dalam UMNO yang cuba disegarkan mendapat perhatian anggota UMNO. Mereka berani mencuba untuk melakukan perubahan walaupun kemungkinan ada sesetengahnya sekadar mahu ‘memperkenalkan diri’ sebelum berada pada arus perdana perjuangan parti. Begitu juga dengan Majlis Tertinggi (MT) yang menampilkan enam calon untuk jawatan naib presiden yang menggabungkan tiga menteri…
Read MoreElak ‘ketirisan poket’ menjelang pemilihan dalam parti
SEMALAM, Ahad berakhirlah mesyuarat agung tahunan UMNO peringkat cawangan di seluruh negara. Setakat ini, khabarnya perjalanan mesyuarat adalah lancar walaupun ada beberapa cawangan mengalami sedikit kekecohan. Diharapkan ‘kekecohan’ seperti dakwaan tidak cukup kuorum, tidak mengikut jadual, mesyuarat bertukar menjadi jamuan hari raya, cawangan bunian dan sebagainya tidak akan mengganggu perjalanan mesyuarat atau persidangan di peringkat bahagian. UMNO tidak boleh ambil mudah ‘kekecohan’ yang berlaku ini. Jangan kerana ‘nila setitik rosak susu sebelanga’. Lebih-lebih lagi kaedah baharu pemilihan yang diperkenalkan kali ini sudah tentu mendapat perhatian parti-parti politik lain terutama yang…
Read MoreApabila kerajaan mengurangkan subsidi petrol
MACAM-MACAM reaksi diberi apabila kerajaan mengurangkan subsidi bahan bakar. Akibatnya harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter menjadikannya RM2.10 dan RM2. Harga petrol RON97 pula naik 15 sen menjadikannya RM2.85 sen. Kebanyakan reaksi tentulah menghentam kerajaan. Di sebelah ‘pihak sana’ yang sentiasa mencari ‘silap’ kerajaan, kenaikan itu seperti memberi ‘bola tanggung’. Seolah-olah kalau mereka yang berkuasa, semuanya itu tidak akan berlaku, tidak ada kenaikan. Demi populariti, yang wajar tidak diwajarkan. Sebaik sahaja kenaikan itu diumumkan, macam-macam reaksi negatif diberi sama ada dalam bentuk kata-kata, dialog bergambar, karikatur, khidmat…
Read MoreBertuahnya hidup di sebuah negara ‘bebas’
SAMBUTAN ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56 sudah berlalu pada Sabtu lalu. Acara perbarisan tahunan yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mendapat sambutan hebat. Segmen yang turut menarik perhatian adalah acara gayung perang war chant oleh VAT 69. Persembahan pasukan komando itu turut melibatkan pegawai-pegawai dan anggota yang terlibat dalam Op Daulat ketika pen-cerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu. Insiden berdarah yang dipaparkan menerusi formasi gayung perang amat menyayat hati lebih-lebih lagi apabila layar yang tersedia memaparkan wajah balu anggota yang terkorban. Semoga segmen itu akan…
Read More