Jangan biar agama, raja, bahasa sekadar fakta di atas kertas

SELEPAS setahun, Selak pernah mengingatkan bahawa lima prinsip Rukun Negara yang dibina bakal runtuh (lihat Selak, 7 Mei 2012). Ingatan itu dibuat berikutan beberapa tindak tanduk rakyat Malaysia yang dilihat tidak lagi menyokong prinsip-prinsip Rukun Negara. Tidak ketinggalan mengenai perhimpunan yang dinamakan Bersih 3.0. Ketika itu juga, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetus huru-hara dan kekacauan dalam negara. Sudah tentu kenyataan itu masih ter-pakai ketika ini walaupun kumpulan…

Read More

Pemilihan pemimpin biarlah ke arah pemantapan parti, diterima rakyat

DEMAM pemilihan semakin menarik perhatian terutama yang melibatkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Kecuali MIC, pemilihan parti komponen lain akan berlangsung selewat-lewatnya hujung tahun ini. Terdapat juga desakan supaya MIC turut ‘menyelesaikan’ pemilihan pada tahun ini. Mungkin ini satu cadangan yang baik, kerana parti komponen memerlukan satu barisan kepemimpinan yang mantap untuk meneruskan perjuangan parti dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) berikutnya. Masa semakin singkat. Empat tahun bukanlah satu jangka masa yang panjang bagi parti-parti politik membina keyakinan baru untuk rakyat menyokong mereka pada…

Read More

Usah ‘diganggu’ ibu tunggal, suri rumah mencari rezeki

BARU-BARU ini, sekumpulan peniaga di Batu Kawan, Pulau Pinang menerima surat saman kerana menjalankan perniagaan di- kediaman mereka. Khabarnya ada yang didenda sehingga RM300. Mungkin pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sudah lama menanti untuk mengambil tindakan. Mereka yang disaman ter-kejut dan perniagaan mereka ‘terganggu’. Bukan mudah untuk mencari hasil titik peluh sendiri. Walaupun peniaga memberi pelbagai alasan, PBT tidak dapat menerimanya. Lebih lucu lagi khabarnya tindakan itu dikatakan diambil berdasarkan peruntukan yang telah lama diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Jika betul adakah kerajaan DAP…

Read More