Jangan syok sendiri, usah pendam perasaan terlalu lama

SECARA tidak rasmi, kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah bermula. Bukan sekadar kemeriahan kibaran bendera parti politik tetapi risalah, poster, sepanduk, video klip dan macam-macam lagi. Lihat sahaja dalam internet, macam-macam ada. Tidak ketinggalan risalah Kalau Pakatan Memerintah, dan klip Mr. Mansuh. Ada juga slogan sepanduk yang diubah suai. Begitulah kreatifnya rakyat kita dalam menghadapi PRU. Jumaat lalu genaplah lima tahun 8,161,039 rakyat Malaysia keluar mengundi pada PRU-12 pada 8 Mac 2008. Kini 13.29 juta pengundi sedang menanti untuk mengundi pada PRU-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Jika…

Read More