Kit Siang…kerana namanya, jawatan atau roket

LIM Kit Siang, 72 berhijrah lagi. Kali ini ke Gelang Patah, Johor. Sekali lagi beliau yang berasal dari Batu Pahat ‘merendah diri’ dengan menyifatkan keputusan itu sebagai satu ujian paling besar dalam hidupnya. Kenyataan itu lebih kurang sama ketika beliau melakukan penghijrahan dari Kota Melaka ke Tanjong. Pertarungan di Pulau Pinang ketika itu ibarat ‘hidup atau mati’ politik. Akhirnya, politik Kit Siang dan DAP hidup sehingga ke hari ini walaupun dalam siri pilihan raya umum (PRU), beliau ‘di-rehatkan’ sepenggal sebagai wakil rakyat selepas kalah bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera dan…

Read More

Gempur Permatang Pauh mahu menangi semula tiga kerusi

SABTU lalu UMNO Permatang Pauh melancarkan Program 100,000 Gempur Permatang Pauh. Sebanyak 1,000 sukarelawan yang terdiri daripada anggota wanita dan pemuda UMNO akan mengedarkan 100,000 risalah mengenai Barisan Nasional (BN). Ia juga sebagai isyarat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa, UMNO tidak akan memberi kemenangan mudah malahan bersedia untuk merampas kembali kerusi itu. Ketika ini di Permatang Pauh, perang bendera parti politik juga sudah bermula. Bilik gerakan PRU juga dibuka. Cuma aktivitinya belum rancak. Permatang Pauh akan terus menjadi tumpuan ramai sama ada yang berada dalam dunia politik atau di…

Read More

Jangan syok sendiri, usah pendam perasaan terlalu lama

SECARA tidak rasmi, kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah bermula. Bukan sekadar kemeriahan kibaran bendera parti politik tetapi risalah, poster, sepanduk, video klip dan macam-macam lagi. Lihat sahaja dalam internet, macam-macam ada. Tidak ketinggalan risalah Kalau Pakatan Memerintah, dan klip Mr. Mansuh. Ada juga slogan sepanduk yang diubah suai. Begitulah kreatifnya rakyat kita dalam menghadapi PRU. Jumaat lalu genaplah lima tahun 8,161,039 rakyat Malaysia keluar mengundi pada PRU-12 pada 8 Mac 2008. Kini 13.29 juta pengundi sedang menanti untuk mengundi pada PRU-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Jika…

Read More

Berkongsi kebimbangan Cucu-Cicit UMNO Kota Bharu

MINGGU lalu sekembali dari Kuala Terengganu, saya menerima sepucuk surat daripada seseorang yang menamakan dirinya Cucu-Cicit UMNO, Kota Bharu, Kelantan. Katanya, surat itu ditujukan khas kepada penulis Selak untuk diulas. Surat dua muka itu berkisar mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ringkas tetapi padat. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai bumiputera Malaysia berusia 58 tahun, penyokong kuat Barisan Nasional (BN) dan sudah enam kali mengundi. Setiap kali PRU beliau ‘memangkah’ BN sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa mengira bangsa yang dicalonkan. Kini untuk kali ketujuh, beliau menyatakan…

Read More