Bukan kerja mudah memenuhi kehendak rakyat 1Malaysia

SEJAK seminggu lalu, rakan-rakan yang membawa teksi terutama Pak Long dan Pak Lang sibuk bercakap mengenai bantuan tayar 1Malaysia. Mereka sibuk mengisi borang untuk dihantar dengan tangan ke pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Putrajaya. Mulanya saya pun tertanya-tanya mengenai betulkah wujud bantuan seumpama itu? Tayar pun kerajaan nak bagi? Pak Long kemudiannya menunjukkan borang itu. Memang sah. Sementara Pak Lang pula memberitahu, dia telah menghebahkan perkara itu kepada rakan-rakan yang lain termasuk pemandu bukan Melayu dengan membuat salinan borang. Dia tidak mahu ‘makan seorang’. Ada yang memberinya RM1…

Read More