Calon boleh menang pilihan raya jika ahli-ahli parti tidak ‘buat hal’

MAHU menang atau kalah? Itu sahaja per-soalan yang harus dilontarkan kepada ahli-ahli parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Jika jawapannya untuk menang, maka ada syarat-syaratnya. Begitu jugalah sebaliknya jika mahu kalah. Bagi Barisan Nasional (BN), jika benar sudah ada calon boleh menang di-turunkan, maka tidak ada sebab calon berkenaan tidak boleh menang. Kekuatan ahli parti sama ada mewakili UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan apa sahaja parti akan menjadi penyumbang kemenangan. Jika semua ahli di satu-satu kawasan sepakat mahu menyokong calon pilihan parti, maka ia…

Read More

Melayu DAP mencari kawasan bertanding pada pilihan raya umum

PROGRAM turun padang bertemu rakyat terus berlangsung menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang khabarnya akan diadakan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini. Parti-parti politik kini dalam keadaan bersiap sedia menantikan ‘semboyan’ pilihan raya. Kepada 3.7 juta penduduk yang belum menjadi pengundi, eloklah mendaftar dengan segera. Jika PRU tidak berlangsung bulan depan, maka peluang mereka mengundi masih ada. Jangan sia-siakan hak anda. Tanpa hak sebagai pengundi, anda hanya mampu menjadi penonton dalam menentukan bakal pemimpin negeri dan negara. Lebih-lebih lagi jika anda penyokong parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau pakatan…

Read More

Haji: Kelonggaran melangkaui giliran masih perlu diberi perhatian

MINGGU lalu, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengumumkan bonus sebanyak enam peratus bagi tahun 2011, peningkatan 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ia melibatkan pembayaran RM1.67 bilion, meningkat 25 peratus berbanding RM1.33 bilion pada tahun 2010. Kadar bonus itu dianggap kompetitif memandangkan pelaburan Tabung Haji (TH) terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah sahaja. Dan ia juga lebih baik berbanding kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam. Dana pendeposit terkumpul TH turut meningkat pada kadar 17 peratus tahun lepas kepada RM31.7 bilion berbanding RM27.11 bilion pada 2010. Zakat perniagaan yang dikeluarkan pula sebanyak…

Read More

Pereratkan persefahaman, perpaduan melalui Maulidur Rasul

SEMALAM umat Islam di seluruh dunia memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan kali ini bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Pelbagai tafsiran boleh dibuat mengenai tema ini. Sama ada kita hidup dalam masyarakat Islam atau bukan Islam, persefahaman amat penting. Tanpa persefahaman, masing-masing akan membawa ideologi yang pelbagai ke dalam masyarakat yang akhirnya mencetuskan suasana tidak harmoni. Bagi masyarakat Malaysia, persefahaman dan perpaduan sering digambarkan melalui sambutan perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan pelbagai lagi. Tetapi adakah ia sekadar pada sambutan perayaan? Persefahaman…

Read More