Pilihan raya kecil lawan pakat keluar ramai-ramai

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menutup tirainya. Dalam keadaan hujan dan banjir, pengundi-pengundi Tenang tetap tenang keluar mengundi. Mungkin hujan lebat dan banjir yang membasahi Tenang bagi ‘membasuh’ segala ‘kekotoran’ sepanjang kempen PRK itu. Pelbagai kaedah digunakan untuk memancing undi sama ada oleh calon-calon yang bertanding atau para penyokong. Banyak fitnah, tohmahan yang dibangkitkan termasuklah isu peribadi calon. Ada yang sanggup membuka pekung di dada. Ada isu yang boleh diterima akal dan ada pula sengaja dibangkitkan bagi menjatuhkan imej calon. Isu peribadi menjadi sasaran apabila parti…

Read More