Kenapa semua ini berlaku selepas 53 tahun negara kita merdeka

HARI ini genap 20 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa. Maknanya kurang 10 hari lagi kita akan menyambut ‘hari kemenangan’ melawan hawa nafsu. Sementara menunggu ‘hari kemenangan’ itu, jangan lupa, esok juga merupakan ‘hari kemenangan’ bagi rakyat Malaysia. Esok kita akan menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Jika Malaysia boleh diumpamakan seorang insan, sudah pasti ia begitu matang dan semakin menghampiri usia persaraan dalam perkhidmatan awam. Tetapi Malaysia bukanlah manusia yang mampu mencorakkan dirinya sendiri. Manusia yang melata di muka bumi Malaysia inilah yang mampu membentuk ke mana…

Read More

Jangan biarkan orang Melayu ‘gila’

PULAU Mutiara terus menyajikan cerita menarik mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sedikit sebanyak ceritanya tentulah berkaitan dengan politik kerajaan negeri yang diterajui oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta rakan-rakan pakatan PKR dan Pas. Terbaru seperti yang didedahkan baru-baru ini ialah mengenai isu khutbah solat Jumaat. Semalam, polis Pulau Pinang mengesahkan, pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat isu khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Guan Eng, dalam doa khutbah Jumaat. Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, dua laporan diterima mengenai isu…

Read More

Ramadan bulan ibadat, tambah rezeki, rezeki melimpah

ESOK tengok anak bulan Ramadan bagi menentukan tarikh permulaan puasa. Sama-samalah kita nantikan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja. Tentunya umat Islam sudah tidak sabar menanti kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga kita diberi ‘kekuatan’ untuk menunaikan salah satu daripada Rukun Islam itu. Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sebaliknya ia turut mengingatkan umat Islam untuk tidak melakukan perbuatan atau tindakan yang boleh mengurangkan ganjaran pahala atau membatalkan puasa. Bukanlah bermakna di luar Ramadan kita bebas melakukan apa yang dilarang. Ramadan mampu mengajar atau membentuk diri…

Read More