Berbaloikah provokasi sesama insan hanya sekadar mencari undi?

SELESAI sudah pilihan raya kecil (PRK) kali kesembilan yang diadakan selepas pilihan raya umum (PRU) 2008. Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. Pas gagal mencetuskan gelombang kebangkitan selepas berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang serta DUN Manek Urai dan Permatang Pasir. Dalam empat lagi PRK, BN mengekalkan kerusi Batang Air sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh, DUN Bukit Selambau dan Penanti (tidak disertai BN). Keputusan itu tidak mengubah apa-apa dalam landskap politik. Sebaliknya kemenangan…

Read More

Bersyukurlah kita dengan ‘tangan yang memberi’

BUMI bagaikan marah dan mengamuk. Di sana sini ada saja bencana yang menimpa. Bermula dengan Ketsana, taufan yang membawa sekali bencana banjir di Filipina, diikuti gempa bumi yang membawa tsunami di Samoa dan gempa bumi di Sumatera Barat. Beberapa lagi kejadian tanah runtuh, kebakaran, bangunan runtuh dan banjir terus melanda. Ternyata manusia tidak dapat menghalang bencana yang menyapa. Bencana yang melanda menyapu bersih apa yang ada di muka bumi ini – manusia, tumbuh-tumbuhan, ter- nakan, kenderaan dan sebagainya. Tidak mengenal agama, darjat dan keturunan. Itulah kehendak Tuhan yang tidak dapat…

Read More