Apabila pemandu sedia bayar saman dan ‘sedia mati’ di jalan raya

MASIH belum terlambat untuk menghulurkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca Utusan Malaysia. Minggu lalu, ruangan ini tidak muncul kerana cuti hari raya, hari tanpa akhbar. Hari ini masuk hari kesembilan, umat Islam menyambut Aidilfitri. Semalam (Ahad), bagi mereka yang melakukan ibadah puasa sunat enam hari, juga kembali berhari raya. Bagi yang belum melakukan puasa sunat enam hari, bolehlah berbuat demikian sepanjang Syawal ini. Dan tentunya dalam tempoh sebulan ini, banyak rumah terbuka akan diadakan lebih-lebih lagi pada hujung minggu ini apabila warga kota sudah kembali dari kampung halaman masing-masing. Syukurlah,…

Read More

Laluan sukar Subra sebagai sahabat, seteru sepanjang 30 tahun lalu

JULAI 1977 S.Samy Vellu dan S.Subramaniam bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden MIC. Dalam pertandingan itu, Samy menang. Bagaimanapun pada 1981, mereka berganding bahu sebagai Presiden dan Timbalan Presiden MIC. Tetapi lapan tahun kemudian, iaitu pada 1989, mereka bertarung sesama sendiri bagi merebut jawatan Presiden MIC. Subra tewas. Sejak itu hubungan mereka dalam keadaan pasang surut atau lebih tepat tidak begitu baik. Sekejap okey dan sekejap tidak. Kemuncak perselisihan mereka terbukti pada 1990 apabila Subra digugurkan daripada senarai calon pilihan raya umum (PRU). Beliau kemudiannya meletak jawatan Timbalan Presiden MIC dan…

Read More

Apa dah jadi… sampai sekarang kalut, tak selesai lagi

APA Dah Jadi. Itu nama salah satu lagu popular S.M. Salim. Jika lirik lagunya berbunyi Apa dah jadi, apa dah jadi, sampai sekarang tak kahwin lagi… tetapi untuk kemelut yang berlaku di Selangor, bolehlah kita pinjam judul lagu itu dan tukarkan sedikit liriknya kepada Apa dah jadi, apa dah jadi, sampai sekarang tak selesai lagi… Jika bab ‘kahwin’, perkara itu dah pun selesai. Cuma selepas ‘perkahwinan’, macam-macam hal berlaku dalam ‘rumah tangga’ yang dibina bersama DAP, Pas, PKR itu. Banyak idea pelik yang ditonjolkan tetapi ada juga idea menarik yang…

Read More