PRK: Pengundi Penanti menanti keputusan BN

BUKAN mengejutkan apabila Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti pada Khamis lalu. Sehari sebelum itu apabila Lim Guan Eng gagal mengumumkan nama penyandang Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Pulau Pinang bagi menggantikan wakil rakyat Penanti itu, sudah tersebar khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa Fairus sudah meletak jawatan. Malah SMS daripada orang Penanti itu berkata: ‘‘Permatang Pauh nak raya lagi’’. Katanya, pondok Pas dan PKR dah pun bersiap sedia nak sambut pilihan raya. Seperti yang pernah ditulis pada ruangan ini tahun lalu, khabar mengenai peletakan…

Read More