Persembahkan semula UMNO kepada rakyat

SELEPAS beberapa kali membuat penafian mengenai kedudukan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Pulau Pinang, akhirnya Mohamad Fairus Khairuddin tampil dengan kenyataan bahawa beliau meletak jawatan mulai 8 April ini. Beliau tidak dipecat. Fairus juga meletak jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) tetapi kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti. Sebenarnya ‘pengunduran’ Fairus bukanlah cerita yang menggemparkan kerana sebelum ini sudah ada tanda-tanda bahawa anak muda yang sekampung dengan penulis tetapi dibesarkan di Kuala Lumpur itu tidak serasi dengan jawatannya. Portfolionya pernah bertukar. Malahan semasa berlangsung Pilihan Raya Kecil Parlimen…

Read More