Bayangkan Kuala Lumpur tanpa sistem rel

IBU negara masih bercuti hari ini setelah semalam warga Kuala Lumpur (KL) serta Putrajaya dan Labuan menyambut Hari Wilayah Persekutuan. Suasana di ibu kota tidaklah ‘kelam kabut’ atau ‘kalut’ seperti yang melanda politik Perak Darul Ridzuan. Mengambil sempena kedamaian sambutan Hari Wilayah Persekutuan semalam diharapkan juga kekalutan politik di Perak tidak akan menjejaskan sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang bermula esok. Di Kuala Lumpur, bermula Sabtu lalu menjelang Tahun Baru Cina sehinggalah semalam, warga kota boleh menarik nafas lega apabila jalan raya tidaklah seteruk pada hari-hari…

Read More