BAGI yang ingin beralih selera kepada makanan laut bolehlah singgah di Shell Out Daun Pisang Qissya Hafiz, Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan. Di situ ada ketam, udang, siput dan sotong. Ikan juga disediakan. Biasanya bahan mentah ini diambil dari nelayan tempatan. Itu pun bergantung kepada bekalan. Masakan tom yam pun ada. Ikan tiga rasa. Lokasi kedai di Bukit Tambun,Seberang Perai Selatan. Mudah sahaja untuk ke sana. Selepas melintasi Balai Polis Bukit Tambun di sebelah kiri, tidak jauh dari situ ada satu laluan ke kawasan perumahan di sebelah kanan. Hanya beberapa…
Read MoreCategory: SELERA
Cucur Udang
JIKA singgah di pekan Kepala Batas, Seberang Perai Utara boleh la menyorok cucur udang di Restoran Shahul Hamid. Kalau tak menyorok pun, boleh ja makan waktu tengah hari atau minum petang. Buka pagi hingga malam. Dah lama restoran cucur udang ni beroperasi. Dulu masa remaja kalau melintas di sini akan singgah makan sama ada cucur udang atau roti canai. Ramai yang kata di sini cucuq udang terbaik. Kuah kacangnya sedap. Setnya cucur udang, tauhu dan timun. Restoran tepi jalan ni tidaklah begitu sibuk. Kalau bernasib baik adalah parking depan kedai…
Read MoreNasi Daging Nyior Sebatang
JIKA di Terengganu, popular dengan nasi dagang, di utara pula ada nasi daging. Di Seberang Perai, ada beberapa restoran @ kedai yang menjual nasi daging. Salah satunya, di Aneka Selera Tani, bersebelahan Masjid Al Ridwan Nyior Sebatang. Dinamakan Nasi Daging Dolu Dolu, ini berharga RM5 satu set. Pakej meliputi nasi, daging, air asam dan sup daging. Waktu dulu di kampung jika ada jamuan kenduri, nasi daging antara yang popular. Biasanya di atas nasi daging itu ditabur bawang goreng, kacang tumbuk dan kadang-kadang ada kismis. Air asam pula biasanya menggunakan terung…
Read MoreHot Kambing
KETIKA dalam perjalanan ke Sendayan pada Jumaat 22 November 2019, singgah di Hentian Sebelah Nilai arah Selatan. Tujuannya untuk minum pagi. Disebabkan menyorok agak lewat maka pilihlah makanan yang ‘berat’ sikit. Macam-macam makanan ada jual di situ, ringan dan berat. Apa pun, tumpuan ke arah gerai no. 2 milik Nor Aman bin Karap. Nama gerai Hot Kambing. Di situ ada set kambing bakar, set nasi kari kambing, set nasi sup kambing, set roti Arab sup kambing dan pelbagai lagi. Bolehlah singgah dan cuba rasa.
Read MoreMI BANDUNG MUAR
ADA beberapa lokasi yang dicadangkan oleh seorang rakan untuk menikmati mi bandung Muar. Malangnya senarai utama yang dicadangkan tidak beroperasi ketika berkunjung ke sana pada 5 November 2019. Mungkin bercuti, atau memang hari Selasa tutup. Ketika itu juga Johor meraikan kemenangan JDT menjuarai Piala Malaysia. Tidak mungkin sambung cuti rai kemenangan JDT. Apa pun cari punya cari jumpa juga mi bandung Muar. Boleh cuba rasa di Restoran Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori di Tanjung Agas.
Read MorePAK TONGKO
DI Kuala Lumpur orang panggil chakoi tetapi di utara lebih mesra dipanggil pak tongko. Di KL juga kuah manis tetapi di kampung, regunya kuah kacang. Jiran kat kampung kata pak tongko atau chakoi kat pasar Seberang Jaya tu sedap. Memang sedap. Dah cuba rasa, satu set RM2. Sedap makan panas-panas.
Read More