SEPANG 23 Sept. – Tidak sampai sebulan, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) memenuhi janjinya untuk membawa 20 asnaf dalam kariah Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi menunaikan umrah secara percuma.
Hari ini, sebelum Subuh mereka yang pertama kali menunaikan umrah sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk urusan pelepasan bersama 15 lagi jemaah dari Selangor dan juga Putrajaya.
Hadir di KLIA untuk mengucapkan selamat berangkat adalah Pengurus Andalusia Bangi, Fatin Aalia Ibrahim, dan Pengurus Andalusia Putrajaya Mohd Nor Hanafie.
Andalusia pada 30 Ogos lalu mengumumkan untuk menaja 20 asnaf sempena Karnival Jelajah Impian & Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) Bangi yang berlangsung di masjid berkenaan selama dua hari.
Pengarah Urusan Andalusia Ibrahim Mat Sin ketika mengumumkan sumbangan itu pada malam terakhir JIMBA juga akan menyerahkan RM100,000 kepada pihak masjid sebagai zakat wakalah, untuk diagihkan kepada asnaf yang layak
“Untuk masjid saya bagi 20 pakej umrah serentak terbang September untuk asnaf yang berdaftar di masjid. Kedua saya mewakilkan masjid untuk mengagihkan zakat wakalah saya sebanyak RM100,000 kepada asnaf yang layak,” katanya.
Mereka menikmati pakej umrah selama 13 hari selain diterbangkan ke Tanah Suci menerusi penerbangan Etihad Airways yang melibatkan pakej bernilai sekitar RM8,390 dengan perjalanan selama lima hari di Madinah dan tujuh hari di Makkah.
Menurut Lembaga Pengurusan Umrah Andalusia, Norrul Balqes Abu Baker, pemilihan asnaf itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan syarikat itu.
Katanya , pakej kepada kumpulan asnaf bernilai sekitar RM8,390 itu lebih istimewa berikutan turut dilengkapi ziarah ke Abu Dhabi.
“Jadi, mereka bukan sahaja berpeluang ziarah di Makkah dan Madinah tetapi juga melakukan ziarah ke tempat menarik di Abu Dhabi yang salah satunya ialah Masjid Sheikh Zayed yang merupakan antara masjid tercantik seni binanya,” katanya.
Beliau berkata, pemilihan jemaah asnaf itu dibuat dengan kerjasama pihak masjid dan antara kategori asnaf yang dipilih termasuklah berusia 50 tahun ke atas serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
“Selain itu, ada juga seorang asnaf terpilih untuk tajaan CSR ini merupakan golongan mualaf,” katanya.
Dalam pada itu, Norrul Balqes berkata, Andalusia bukan sekadar menawarkan pakej umrah penerbangan terus sahaja tetapi juga menyediakan pakej Umrah Ziarah ke beberapa buah negara.
Ini termasuk Pakej Umrah Ziarah Abu Dhabi & Dubai, Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa, Umrah Ziarah Cairo Iskandariah, Umrah Ziarah London Paris, Umrah Ziarah Swiss Italy, Umrah Ziarah Sepanyol, Umrah Ziarah Morocco.
Beberapa pakej baharu turut disediakan iaitu Pakej Umrah Baku & Azerbaijan , Umrah Ziarah Kazan & Moscow & Pakej Umrah Ziarah Istanbul & Sanliurfa. 5.
Mengenai situasi semasa di Arab Saudi, beliau berkata, setakat ini pakej Andalusia berjalan seperti biasa dan para jemaahnya di Makkah dan Madinah berada dalam keadaan selamat dengan ziarah di dua Tanah Suci berjalan seperti biasa.
Nnnn
