BAGHDAD – Kataib Hezbollah, kumpulan pejuang paling berpengaruh yang disokong Iran di Iraq, mengeluarkan amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) agar tidak memulakan konflik dengan Tehran.
Kumpulan itu mengingatkan“perang dengan Iran bukanlah piknik, tetapi api yang jika dinyalakan tidak akan padam sehingga hidung kamu diseret ke tanah dan kamu akan membayar dua kali ganda daripada apa yang tuan tamak kamu mahu kaut.
Amaran itu susulan Presiden AS, Donald Trump dilapor sedang menimbang pilihan ketenteraan terhadap Iran susulan protes berdarah di negara itu, selain mengulangi ancaman untuk menyerang rejim sekiranya menggunakan kekerasan terhadap orang awam.
Kumpulan itu turut menggesa para pejuang agar berdiri teguh bersama rakyat Iran sambil menyifatkan mempertahankan Iran sebagai mempertahankan kesucian umat Islam secara keseluruhan.
Mereka juga menyeru rakyat Iraq dan kumpulan sekutu supaya kekal berwaspada dan tidak terpengaruh dengan “suara pengkhianat dan penakut.”
Iraq, sebuah negara majoriti Syiah, mempunyai hubungan rapat dengan Iran berikutan ikatan agama dan budaya yang mendalam.
