BYD kenderaan elektrik (EV) dari China berjaya merampas kedudukan Tesla, gergasi Amerika itu dalam perlumbaan EV global walaupun tidak menjual EV di Amerika Syarikat, pasaran kedua terbesar Tesla.
Menurut data jualan 2025 yang diumumkan minggu ini, BYD yang berpangkalan di Shenzhen itu mencatatkan penjualan 2.26 juta EV, meningkat hampir 28 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sebaliknya, Tesla merekodkan kejatuhan jualan untuk tahun kedua berturut-turut, dengan penghantaran hanya 1.6 juta unit – penurunan 8.6 peratus, sekali gus menjadi kemerosotan tahunan terbesar dalam sejarah syarikat itu.
Pada suku keempat 2025, jualan Tesla jatuh kepada kira-kira 418,000 unit, susut 15.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, selepas mencatat rekod jualan pada suku ketiga berikutan pembeli di AS berebut mendapatkan insentif cukai $7,500 sebelum ia tamat pada 1 Oktober.
Tesla sebelum ini pernah mencatat pertumbuhan hampir 50 peratus setahun, namun mula merosot pada 2024 dengan penurunan 1 peratus.
Tahun lalu, jualan terus menjunam akibat persaingan sengit daripada pengeluar lain termasuk BYD, selain kontroversi politik Elon Musk yang menjejaskan imej jenama di AS dan Eropah.
Secara keseluruhan, jualan BYD (termasuk EV dan hibrid) meningkat kepada 4.6 juta unit pada 2025, tetapi kadar pertumbuhan adalah yang paling perlahan dalam lima tahun.
Nnn
