Sepanyol ulangi sokongan kepada Palestin

SEPANYOL akan terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Palestin bagi mengekalkan daya maju kewangan dan pelan reformasinya, selain menggesa keganasan di Tebing Barat yang diduduki dihentikan.

Menteri Luar Jose Manuel Albares dalam satu perbualan telefon dengan Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa berkata, beliau menyampaikan sokongan penuh Sepanyol terhadap keamanan muktamad di Gaza dan pengakhiran keganasan di Tebing Barat.

Menerusi platform X, beliau turut menggesa Israel supaya memindahkan hasil cukai Palestin.

Menurut Kementerian Kewangan Palestin, Israel telah menahan hampir AS$2 bilion hasil cukai Palestin sejak 2019, yang disifatkan sebagai “pencabulan terang-terangan” terhadap semua perjanjian yang telah ditandatangani.

Albares juga berkata, pembesaran penempatan haram mesti dihentikan.

Awal minggu ini, Israel meluluskan pembinaan 126 rumah peneroka di pos penempatan Sa-Nur di utara Tebing Barat, yang sebelum ini dikosongkan pada 2005 di bawah pelan pengunduran sepihak.

“Situasi kemanusiaan di Gaza adalah satu bencana. Sekatan terhadap NGO adalah tidak boleh diterima dan memburukkan lagi keadaan,” katnya, sambil menegaskan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk agensi bantuan untuk pelarian Palestin (UNRWA), mesti dibenarkan beroperasi secara bebas di Gaza dan Tebing Barat.

Related posts

Leave a Comment