Proklamasi Orang Melayu bukan politik

LARUT 7 Mei –  Proklamasi Orang Melayu yang dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh mencapai matlamat tanpa melihat ia sebagai saingan atau gerakan politik bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. Naib Presiden Pas, Idris Ahmad, berkata berbanding gerakan politik, proklamasi itu dibuat untuk menyatukan semua orang dan ia lebih bersifat individu berbanding gabungan politik. Ia boleh berjaya kerana ia bukan suatu gerakan politik, sebaliknya lebih kepada usaha menyatukan semua membabitkan individu termasuk mereka yang berbeza parti politik. “Kita melihat bagaimana kerajaan dipimpin majoriti Melayu di Kelantan dan Terengganu yang…

Read More

Bincang KM Pulau Pinang selepas PRN

MUAR 7 Mei – DAP akan terus menyokong kepemimpinan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan diadakan, kata Setiausaha Agung, Anthony Loke. Katanya, sebarang perbincangan mengenai kedudukan Ketua Menteri itu hanya akan dilakukan apabila PRN diadakan dan setakat ini kerajaan Pulau Pinang masih berfungsi seperti biasa menerusi kepimpinan Kon Yeow. “Bila sampai Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, baru kita bincang semula tentang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Sekarang ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang masih belum dibubarkan. Oleh itu, kerajaan negeri di…

Read More

3 terkandas di Sudan tiba di tanah air

SEPANG 7 Mei – Tiga rakyat Malaysia yang terkandas di Sudan berikutan pertempuran bersenjata di negara itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Faisal, Jeddah, Arab Saudi pukul 4.15 pagi tadi. Junaidah Selamat, 49, bersama dua anaknya, Mohamad Ashraf, 19, dan Juliana Ashraf, 23, selamat pulang ke Malaysia selepas berhadapan 22 hari konflik di Khartoum, Sudan dan berjaya meninggalkan Pelabuhan Sudan dengan selamat, menggunakan kapal tentera laut Arab Saudi menuju ke Jeddah. Beliau bagaimanapun berasa sedih kerana suami, Ashraf Gasim Elsimd, 54, warga…

Read More