Bilakah akan berakhirnya ‘huru-hara’ akibat kekalutan berpolitik?

LIHATLAH sepanduk di sebelah ini. Ayat-nya bukan berbunyi KERANAMU MALAYSIA tetapi KERANA MU GUAN ENG HABIS ORANG ISLAM HURU HARA. Huru-hara membawa pelbagai makna. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mencari maksudnya. Sejauh manakah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan penyebab orang Islam ‘huru-hara’? Rakyat yang ‘melihat, mendengar dan membaca’ boleh membuat tafsiran. Sehingga kini Guan Eng terus menutup mulut manakala demonstrasi bantahan berterusan. Apakah kesudahannya? Kata-kata yang terdapat pada sepanduk itu ‘dipersembahkan’ oleh sekumpulan 50 penduduk termasuk penyokong Pas di Pasir Hor, Kota Bharu,…

Read More

Sejenak merenung sifat-sifat Rasulullah SAW menjelang Maulidur Rasul

MINGGU ini umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul, hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sekali lagi, meriahlah seluruh surau dan masjid dengan sambutan yang pelbagai termasuk ceramah, forum dan perarakan. Sambutan ini bukan sekadar untuk mengingati keputeraan baginda semata-mata sebaliknya apa yang lebih penting ialah mengingatkan kembali umat Islam kepada ajaran Rasulullah dan perjuangannya. Pada masa yang sama berusaha mengikuti segala akhlak dan ajaran Nabi Muhammad SAW. Sama-samalah kita menghayati sambutan kali ini yang jatuh pada hari Khamis, 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434. Di peringkat kebangsaan,…

Read More

Apakah kesudahannya cerita projek Plaza Rakyat

DARI Pudu Raya ke Pudu Sentral dan kini dikenali pula sebagai Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL). Begitulah transformasi yang dilakukan kerajaan bagi memenuhi keperluan semasa masyarakat di Kuala Lumpur. Pudu Raya yang pernah menjadi nadi pengangkutan awam di ibu negara masih kekal sebagai terminal pengangkutan awam walaupun peranan itu kini turut dikongsi bersama oleh Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan. Begitu juga dengan Hentian Putra dan Hentian Jalan Duta. Bagaimanapun peranan UTC KL kini lebih luas, bukan lagi sekadar terminal pengangkutan awam khususnya bagi pengguna-pengguna bas…

Read More

DAP catat sejarah dramatik selepas 19 hari susun langkah ke Putrajaya

DRAMATIK bagi orang luar tetapi itulah demokratik bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP). Begitulah kesan pengakuan kecuaian berhubung kesilapan kiraan undi melibat-kan tujuh calon bagi pemilihan Jawatan-kuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP di Pulau Pinang pada 15 Disember 2012. Kesilapan itu amat memalukan. Memang benar kata Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa ini kali pertama perkara seumpama itu berlaku dalam sejarah DAP. Sukar untuk dipercayai kesilapan ini boleh berlaku dalam DAP yang cukup berhati-hati tentang angka sama ada melibatkan pilihan raya parti atau pilihan raya umum. Pada masa yang sama DAP juga tidak…

Read More