Agong kecewa rasuah libatkan ATM

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap kes rasuah yang berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sehingga melibatkan pegawai di peringkat tertinggi. “Agaknya selepas ini saya terpaksa lantik sarjan sahaja jadi Panglima Angkatan Tentera (PAT),” titah baginda. Menurut Baginda, kes-kes rasuah yang terbongkar setakat ini hanyalah sebahagian kecil daripada masalah sebenar dan menyatakan keyakinan bahawa masih terdapat banyak lagi kes yang belum didedahkan. “Ini hanyalah ‘sekelumit daripada segunung’, atau  the tip of the iceberg; saya yakin ada ramai lagi di luar sana, sama ada…

Read More

Bahasa Melayu , peringatan tegas Agong

KUALA LUMPUR 19 Jan.  – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberi peringatan tegas hari ini apabila baginda menitahkan, pihak yang tidak dapat menerima Bahasa Melayu, supaya tidak tinggal di Malaysia. Titah baginda sebarang usaha untuk mengadakan sistem pendidikan baharu mesti dibuat selari dengan dasar pendidikan kebangsaan di mana bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia adalah bahasa kebangsaaan. “Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti menerima Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia. “Kalau ada yang tidak terima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,”…

Read More

21 maut nahas kereta api tergelincir

MADRID – Nahas dua kereta api berkelajuan tinggi yang tergelincir dan bertembung berhampiran bandar Cordoba di selatan Sepanyol pada Ahad,mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang manakala 25 yang lain cedera parah. Menurut laporan media, kira-kira 100 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Kemalangan tersebut berlaku pada 7.45 malam waktu tempatan apabila sebuah kereta api yang membawa 317 penumpang bagi laluan Malaga-Madrid terkeluar dari landasan berhampiran Amaduz, kira-kira 20km dari Cordoba. Kereta api yang tergelincir itu merempuh sebuah lagi kereta api berkelajuan tinggi yang sedang dalam perjalanan di landasan bersebelahan dari Madrid ke Huelva,…

Read More

OIC sambut baik fasa kedua damai

JEDDAH –  Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik pelancaran fasa kedua pelan damai komprehensif, selaras dengan Resolusi 2803 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC). Secretariat OIC turut mengalu-alukan pengumuman pembentukan jawatankuasa Palestin bagi menguruskan Semenanjung Gaza sebagai sebuah badan peralihan sementara. Justeru sekretariat itu menegaskan kepentingan mengekalkan perpaduan geografi dan institusi antara Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, termasuk Bandar Baitulmuqaddis yang diduduki. OIC juga menuntut penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya, selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab. Selain itu,…

Read More