Day: January 3, 2026
Sepanyol ulangi sokongan kepada Palestin
SEPANYOL akan terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Palestin bagi mengekalkan daya maju kewangan dan pelan reformasinya, selain menggesa keganasan di Tebing Barat yang diduduki dihentikan. Menteri Luar Jose Manuel Albares dalam satu perbualan telefon dengan Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa berkata, beliau menyampaikan sokongan penuh Sepanyol terhadap keamanan muktamad di Gaza dan pengakhiran keganasan di Tebing Barat. Menerusi platform X, beliau turut menggesa Israel supaya memindahkan hasil cukai Palestin. Menurut Kementerian Kewangan Palestin, Israel telah menahan hampir AS$2 bilion hasil cukai Palestin sejak 2019, yang disifatkan sebagai “pencabulan terang-terangan” terhadap…
Read MoreKereta elektrik BYD China atasi Tesla
BYD kenderaan elektrik (EV) dari China berjaya merampas kedudukan Tesla, gergasi Amerika itu dalam perlumbaan EV global walaupun tidak menjual EV di Amerika Syarikat, pasaran kedua terbesar Tesla. Menurut data jualan 2025 yang diumumkan minggu ini, BYD yang berpangkalan di Shenzhen itu mencatatkan penjualan 2.26 juta EV, meningkat hampir 28 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sebaliknya, Tesla merekodkan kejatuhan jualan untuk tahun kedua berturut-turut, dengan penghantaran hanya 1.6 juta unit – penurunan 8.6 peratus, sekali gus menjadi kemerosotan tahunan terbesar dalam sejarah syarikat itu. Pada suku keempat 2025, jualan Tesla jatuh…
Read More