WHO bimbang amaran kosong hospital

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), memberitahu Bulan Sabit Merah Palestin menerima amaran daripada pihak berkuasa Israel untuk segera mengosongkan hospital al-Quds di Semenanjung Gaza.

Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi hantaran di media sosial X, berkata laporan Bulan Sabit Merah Palestin mengenai ancaman pemindahan membabitkan hospital Al-Quds di Gaza amat membimbangkan.

“Kami mengulangi bahawa adalah mustahil untuk mengosongkan hospital yang penuh dengan pesakit tanpa membahayakan nyawa mereka.”

Beliau juga pada masa yang sama berkata lebih banyak bantuan kesihatan diperlukan dan merayu gencatan senjata kemanusiaan disegerakan serta melindungi kemudahan kesihatan serta petugas.

Beliau mendakwa mendapat laporan bahawa setiap orang di Gaza berada dalam keadaan tidak selamat.

Related posts

Leave a Comment