PUTRAJAYA 31 Mac – Jumlah individu yang mengambil dos penggalak terus menunjukkan peningkatan apabila 45,480 lagi tampil mendapatkan dos berkenaan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) semalam.
Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos penggalak meningkat kepada 15,758,429 atau 67.0 peratus daripada populasi dewasa.
Di samping itu sebanyak 855 individu dewasa melengkapkan vaksinasi mereka semalam menjadikan jumlah keseluruhan 22,952,209 manakala 738 lagi mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos menjadikan 23,228,125 penerima.
Sebanyak 583 lagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapatkan dos kedua semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,851,056 atau 91.6 peratus daripada populasi remaja melengkapkan vaksinasi mereka.
Pada masa yang sama 471 mendapat sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah keseluruhan 2,947,622 atau 94.7 peratus daripada populasi remaja.
Bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 3,740 tampil mendapatkan suntikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 1,323,892 orang atau 37.3 peratus menerima vaksin Covid-19.
Semalam sebanyak 51,867 vaksin diberikan melibatkan 4,949 dos pertama, 1,438 dos kedua dan 45,480 dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan 68,849,462 dos diberikan setakat semalam.
