Putra Mahkota PM Arab Saudi

JEDDAH: Arab Saudi melakukan rombakan Kabinet dengan melantik Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman sebagai Perdana Menteri negara itu yang baharu.

Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud semalam mengeluarkan Dekri Diraja bagi pelantikan Putera Mahkota itu.

Saudi Gazette melaporkan, menurut satu Dekri Diraja, mesyuarat mingguan Kabinet yang dihadiri Raja Salman, akan dipengerusikan oleh baginda.

Pelantikan Putera Mahkota itu dilaksanakan dengan membuat pengecualian terhadap peruntukan Perkara 56 Undang-Undang Asas Pentadbiran Arab Saudi dan peruntukan berkaitan dalam Undang-Undang Majlis Menteri.

Dalam satu lagi Dekri Diraja, Raja Salman merombak Majlis Menteri dengan diketuai oleh Putera Mahkota.

Baginda turut mengeluarkan dekri bagi melantik Timbalan Menteri Pertahanan, Putera Khalid Salman, sebagai Menteri Pertahanan.

Selain itu, Yousef Abdullah Al-Benyan dilantik sebagai Menteri Pendidikan yang baharu, manakala Talal Abdullah Al-Otaibi dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertahanan.

Senarai menteri yang mengekalkan portfolio masing-masing selepas rombakan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putera Mansour Miteb; Menteri Tenaga, Putera Abdulaziz Salman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putera Turki Muhammad Fahd; Menteri Sukan, Putera Abdulaziz Turki Faisal; Menteri Dalam Negeri, Putera Abdulaziz Saud Naif; dan Menteri Pengawal Nasional, Putera Abdullah Bandar.

Menteri Hal Ehwal Luar, Putera Faisal Farhan Abdullah; Menteri Kebudayaan, Putera Badr Abdullah Farhan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Sheikh Saleh Abdulaziz Al-Sheikh; Menteri Hal Ehwal Agama, Seruan dan Bimbingan, Dr Abdullatif Al-Sheikh; Menteri Keadilan, Dr Waleed Al-Samaani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Muttalib Al-Nafisah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Musaed Muhammad Al-Aiban; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Ibrahim Al-Assaf; Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk Hal Ehwal Majlis Syura, Dr Essam Saad Saeed; serta Menteri Perdagangan dan Pemangku Menteri Media, Dr Majed Al-Qasabi.

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Muhammad Al-Sheikh; Menteri Alam Sekitar, Air dan Pertanian, Abdul Rahman Al-Fadhli; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khalid Al-Issa; Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Luar, Adel Al-Jubeir; Menteri Perbandaran dan Hal Ehwal Luar Bandar dan Perumahan, Majed Al-Hogail; Menteri Kewangan, Muhammad Al-Jadaan.

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Abdullah Al-Sawaha; Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial, Ahmed Al-Rajhi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Hamad Al-Sheikh; Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral, Bandar Alkhorayef; Menteri Pengangkutan dan Logistik, Saleh Al-Jasser; Menteri Pelancongan, Ahmed Al-Khateeb; Menteri Pelaburan, Khalid Al-Falih; Menteri Ekonomi dan Perancangan, Faisal Al-Ibrahim; serta Menteri Kesihatan, Fahd Al-Jalajel.

(foto Haramain Sharifain)

Related posts

Leave a Comment