KUALA LUMPUR 25 Mac – Masalah berat badan berlebihan dan obesiti kini meningkat pada kadar yang membimbangkan dengan satu daripada dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata, penemuan itu hasil kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS). Kajian setiap empat tahun itu mendapati 50.1 peratus rakyat Malaysia mencatatkan berat badan berlebihan dengan 19.7 peratus daripada mereka menghadapi masalah obesiti pada 2019. “Ini bermakna satu dalam dua orang dewasa kini berlebihan berat badan. Bagi kanak-kanak pula, 30 peratus daripada mereka berumur lima hingga…
Read MoreMonth: March 2022
Solat Jumaat di Makkah
Foto fb Haramain Sharifain
Read MoreVaksinasi dos penggalak ke rumah
KUALA LUMPUR 25 Mac – ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) akan menyediakan perkhidmatan Home Vaccination, program vaksinasi ke rumah, khusus untuk warga emas yang tidak dapat hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) berikutan masalah logistik. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Anas Alam Faizli, memaklumkan perkhidmatan itu disediakan bagi memperluas dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak, sebelum keistimewaan sijil vaksinasi penuh ditarik semula daripada penerima vaksin yang tidak mendapatkan dos penggalak sehingga 31 Mac ini. Katanya, pendaftaran bagi perkhidmatan itu boleh dibuat melalui talian penting nasional untuk Home Vaccination iaitu 1700-811-007 setiap hari…
Read More26,050 kes baharu di Thailand
BANGKOK 25 Mac – Thailand merekodkan 26,050 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 27,024 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,477,030 kes. Sebanyak 25,912 kes baharu melibatkan kalangan penduduk awam, 102 penghuni penjara dan 36 kes import termasuk dari Myanmar, Jerman, Hong Kong, United Kingdom, Turki, Kemboja, Israel, Perancis, Indonesia, Belgium dan Singapura. Jumlah kes harian yang dilaporkan tidak termasuk 26,655 kes positif yang direkodkan hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam lalu yang jika digabungkan membawa kepada 52,705. Angka kematian pula berkurangan kepada 69 berbanding 82 orang…
Read More139 bot nelayan asing ditenggelamkan
𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝟮𝟱 𝗠𝗮𝗰 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu menenggelamkan dua bot nelayan Vietnam yang dilucut hak untuk dijadikan tukun tiruan berhampiran perairan Pulau Perhentian, semalam. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli berkata, bot-bot ini telah ditahan oleh Kapal Maritim (KM) PEKAN dan KM LANGKAWI melalui OP NAGA BARAT dan OP KUDA LAUT yang turut melibatkan penahanan 26 kru termasuk tekong warga Vietnam. Dua bot nelayan Vietnam itu ditahan serta dilucut hak oleh mahkamah tahun lepas atas kesalahan menceroboh dan menangkap…
Read MoreSaudia Airlines bawa jemaah Malaysia
SAUDIA Airlines (SAUDIA), syarikat penerbangan Arab Saudi menandatangani penerimaan tawaran penerbangan haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menyediakan penerbangan sewa khas haji bagi jemaah Malaysia selama tiga tahun. Penerimaan tawaran ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif SAUDIA, Kapten Ibrahim Koshy manakala TH diwakili Pengarah Eksekutif Haji, Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Majlis menandatangani diadakan di Jeddah Superdome, Arab Saudi dan disaksikan Ketua Pengarah SAUDIA, Ibrahim Al Omar sempena Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji serta Umrah anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Kapten Ibrahim berkata sebanyak 50 peratus jemaah haji akan…
Read More756 kes baharu Brunei Darussalam
BERAKAS 25 Mac – Jumlah kes harian Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 756 kes berbanding 775 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 129,837. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, terapat sembilan kes dalam kategori 4 dan satu kes dalam kategori 5. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam, beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu, 664 adalah hasil pengesanan Ujian Pantas Antigen (ART) yang dimuat naikkan ke aplikasi BruHealth. Sebanyak 92 kes lagi adalah daripada 1,448 Ujian Makmal RT-PCR yang dilakukan dalam tempoh masa…
Read MoreSolat tanpa penjarakan di Kelantan
KOTA BHARU 25 Mac – Tiada lagi penjarakan fizikal bagi solat berjemaah termasuk solat Jumaat dan Tarawih di semua surau, musalla serta masjid di Kelantan berkuat kuasa 1 April ini. Perkara itu mendapat perkenan daripada Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukkan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata pelaksanaan solat Tarawih, sama ada lapan atau 20 rakaat serta Qiamullail dibenarkan sepanjang Ramadan.…
Read MoreKadar kebolehjangkitan 0.91
PUTRAJAYA 25 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara naik semula kepada 0.91 berbanding 0.90 kelmarin. Lima negeri mencatatkan kadar yang lebih tinggi, dua menyamai kadar kebangsaan manakala yang lain lebih rendah. Hanya Selangor melepasi kadar 1.00 iaitu 1.06 berbanding 1.03 kelmarin diikuti Perak 0.99, Sarawak 0.97, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.96 dan Melaka 0.94. Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing mencatatkan kadar 0.91. Ini diikuti Negeri Sembilan 0.89, Pahang dan Johor masing-masing 0.87, Terengganu 0.86, Perlis 0.83, Kedah 0.82, Kelantan…
Read MoreKes harian terus meningkat
PUTRAJAYA 25 Mac – Kes jangkitan Covid-19 semalam menunjukkan peningkatan selepas merekodkan 24,316 berbanding 22,491 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4,079,242. Bagaimanapun jumlah kes sembuh mengatasi kes jangkitan dengan merekodkan 25,512 orang sembuh semalam menjadikan sehingga kini sebanyak 3,796,975 individu sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, bagi kes baharu semalam membabitkan 297 kes import mendapat jangkitan dari luar negara dengan 24,019 kes lagi adalah tempatan. Secara keseluruhan, kes paling tinggi terdiri kalangan pesakit kategori satu iaitu sebanyak 13,299 diikuti kategori dua dengan 10,865…
Read More